Apa Kerja Perancang Bandar

Dicatat oleh is'na Sensei


Hari ini aku kepenatan sikit sebab dapat tido dua jam aje. Kerja kat office tu bukan ada sangat yang membuatkan aku letih tapi sebab kerja-kerja sampingan yang aku buat. Bila sebut soal kerja ini.. makcik aku ker..kawan-kawan sekolah ke @ pakcik2 tepi jalan duk tanya aku .. kerja apa?

Aku terpaksa explain panjang lebar mengenai kerjaya profesison yang aku ceburi. Memang aku tau korang kat luar pun mesti pelik dengar kerja perancang bandar. Yela. Kalau aku tak study tentang ni aku pon mesti tak ambil port pasal perancang bandar.

Sebenarnya peranan perancang bandar sememangnya merupakan penyumbang penting di dalam proses pembangunan negara tetapi ianya tidak ditonjolkan selama ini kerana hasil muktamad pembangunan dilaksanakan oleh pihak-pihak lain. 

iTu sebab lah kerja Perancang Bandar ini tidak se famous arkitek atau surveyer. Dalam konteks ini, para perancang bandar selalu di anggap sebagai ‘unsung heroes’ atau ‘the invisible force’ di sebalik sesuatu pembangunan yang berjaya. Bila berjaya pun tak pernah media @ sapa-sapa sebut pasal perancang bandar. Yang terkenalnya ahli-ahli politik dan ahli ekonomi. Perancang bandar memainkan peranan yang amat besar dan penting dalam proses pembangunan kerana kami perancang-perancang bandar terpaksa memastikan perancangan fizikal penyediaan kerangka asas pembangunan di samping membolehkan pembangunan, kualiti persekitaran dan sumber-sumber sesuatu kawasan sentiasa dapat terpelihara untuk generasi semasa dan akan datang. (pembangunan mampan@mapan@lestari)


Profession perancangan bandar dan desa ini merupakan salah satu profesion yang penting dalam menggerakkan pembangunan, bukan hanya di negara Malaysia, malah di mana-mana negara maju yang lain. (saje angkat bakul sendiri). Sama ada perancang bandar di peringkat Persekutuan, Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, atau swasta peranan perancang bandar amat penting dalam memastikan pembangunan yang berlaku sentiasa bersifat ‘planning-led’ atau berasaskan perancangan yang rapi dan sempurna. Dalam keadaan begitu, barulah persekitaran petempatan yang berkualiti dapat dibina oleh semua pihak, dan yang pentingnya, ia dapat dirancang pada asalnya oleh para perancang bandar dan desa. Yang tidak menarik kebanyakkan keputusan perancang bandar biasanya di pengaruhi oleh kuasa politik. So bila ada masalah sahaja perancang bandarlah yang kena hentam tapi bila perancangan itu berjaya tak ada sapa pun yang tahu yang itu sebenarnya kerja pihak perancang bandar dan bukannya ahli politik. Tak nak cakap lelebih, nanti orang marah.ERK!

Sejarah perancang bandar bermula pada tahun 1801 dengan tertubuhnya Jawatankuasa Penilai (Committee Of Assesors) di Pulau Pinang.

Sumbangan awal Jawatankuasa ini ke arah bidang perancangan adalah dengan pembinaan jalan dan parit di sekitar Bandar George Town. Berdasarkan kepada laporan yang disediakan oleh En. T.A.L. Concannon bertajuk "Town Planning In Malaya" pada tahun 1958, terdapat tanda-tanda bahawa kenyataan rasmi yang pertama kalinya memperkenalkan perancangan bandar di negara ini berlaku pada tahun 1913. Ketua Setiausaha Pejabat Jajahan, Sir Edward Brockmen telah mengumumkan perlantikan Jawatankuasa Perancang Bandar yang berkuatkuasa bagi kawasan Kuala Lumpur dalam tahun berkenaan. Di dalam penubuhan Jawatankuasa ini, tiada Pegawai Perancang dilantik sehingga ke tahun 1920.

Perundangan awal yang berkaitan dengan perancangan bandar yang diperkenalkan adalah "Municipal Ordinan CAP 133/1913" dan "Town Improvement Enactment". Pada tahun 1921, dengan penubuhan Jabatan Perancangan Bandar selepas perlantikan Encik Charles C. Reade sebagai Pegawai Perancang Bandar Kerajaan yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pejabat pertama terletak di Bangunan Sekretariat di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Dalam tahun 1923, Encik Charles C. Reade telah berusaha memperkenalkan perundangan untuk perancangan bandar. Usaha beliau berjaya apabila Enakmen Perancangan Bandar Bil. 19 yang merupakan undang-undang perancangan pertama diluluskan oleh Kerajaan Jajahan. Enakmen Perancangan Bandar yang telah digunapakai selama ini telah dipinda dan diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 28 Februari 1927.

Selepas peperangan iaitu sekitar 1948, aktiviti Jabatan diperluaskan bagi merangkumi kawasan-kawasan Lembaga Bandaran (Town Board) dan Majlis Bandaran (Municipal) di dalam Malayan Union. Di bawah Perjanjian Persekutuan 1948, Jabatan Perancangan Bandar Persekutuan dikekalkan sebagai satu badan penasihat dalam aspek perancangan. Berikutnya pada tahun 1949, Jabatan Perancangan Bandar mempunyai bangunan pejabatnya sendiri yang terletak di belakang Bangunan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Pejabat ini diketuai oleh Encik T.H.H. Hancock yang kemudiannya diganti oleh Encik Thomas Arthur Lawrence Concannon sebagai Pegawai Perancang Bandar Persekutuan pada tahun 1950. Aktiviti Jabatan meliputi penyediaan pelan-pelan pembangunan Kampung-Kampung Baru (1950-1954) dan perancangan Bandar Baru Petaling Jaya (1952-1953).

Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem perkhidmatan perancangan telah dijalankan berdasarkan kepda Sistem Dua Peringkat iaitu Persekutuan dan Negeri di bawah Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan. Mulai tahun 1958 hingga 1978, Jabatan-jabatan Negeri telah ditubuhkan bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia d1920engan nama Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri.

Apa yang menarik kerjaya perancang bandar berbanding arkitek, @ juruukur bahan, Perancang bandar mempunyai Akta sendiri iaitu Akta Perancang bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Perancang bandar juga mempunyai Jabatan Sendiri di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Jabatan Perancangan Bandar & Desa serta Perancang bandar juga mempunyai 1 hari istimewa iaitu HARI PERANCANG BANDAR SEDUNIA yang di sambut di seluruh dunia. Yeppi!!

Kalau anda ada resume power boleh lah dihantarkan kepada mana-mana corporate MIP member. mana tahu untung-untung terus ditemuduga kerja as a town planner...
:)

Posted by: YAYA
BLOG YAYA, Updated at: 9:31 PG

{ 56 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
sy sebenarnya tengah tercari2 apa kah kerjaya perancang bandar ini cerah,pd wktu ni sy msih lg bingung memikirkan bidang apa yg prlu sy ambil utk kerjaya sy yg akn dtg.sy ade dpt twran blaja dr uitm utk bidang ini,tp bapa sdra sy tak mglakkan sy ambl bidang ni,dan ktanya susah utk mndapat pkerjaan nanti..hrp tuan(xtau nk pngil ape,huhu)dpt memberikan sy sedikit pendapat dan pndangan..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..menceburi bidang perancang bandar memang best dan mencabar..itu saya tak nafikan..tp masalahnya nati time nak cari keje..memang susah..kat laman web pencarian pekerjaan,contohnya jobstreet,jobdb..memang x de firm planning yang iklankan post kat firm mereka, maybe ekonomi sekarang penyumbang kepada faktor susahnya nak cari keje bidang town and regional planning ni..lau ada pun kat PBT, tu pun kena brsaing dengan ramai graduate lg..lau nak harapkan firm planning memang susah nak dapakan keje..tp sy x kisah..sy akan berusaha cari keje bidang ni jugak..sebab sy minat bidang ni..positive_thinker

isna berkata...

usaha tangga kejayaan..banyak lg bidang lain boleh pg..keje ngan arkitek firm,transport firm, gis firm, dll....byk sgt..cume kena pandai cari...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..coretan tuan menarik perhatian sy utk sme2 bkongsi pglman sy..sy student in dip.town & regional planning,UiTM sri iskandar campus..msh student bru,d semesta 2..sprt teman2 yg lain,sy jgk dblnggu soaln2 yg kdng2
sy pn tk tau nk jwb..(ada ms dpn ker??kje per??gaji bsr ker??girl tk ssh??)..ms depan yg msh kabur2 nie wt sy mla pts asa lak..yelah studionya yg kdg2 wt sy mcm psakit jiwa..(jap snyum,ketawa,geram,ngis,
cmburu)..emosi jd tk tenteram..tp sbnrnya dpikir kn lg seronok hidp sy nie..ada jgk pglmn and corak yg nk d critkn kat ank2 cucu sy nnti..cabarn dlm bdg nie mngkin ssh nk dhdpi oleh sorg wanita.. buat dia jd lbh tabah dan berani.. tp klu tk cba mn kita nk tau ape jd esk kn..jd cayok3x utk pdtg br dlm bdg nie k..and hope tuan akn coretkn lg mklumat tentang bdg nie..k trimas smua

fresh planner berkata...

macamana proses dan prosedur nak buka firm planning ye...satu ari nati ak nak bukak firm planning....bleh x sape2(sir/madam) ceritakan pengalaman atau cara-cara atau asam garam dalam berkecimpung dalam bidang ni...

aceRIANG berkata...

salam sejahtera..
sy merupakan student town planning di uitm sri iskandar,perak..aku setuju dengan penulis ttg lapangan ini yang xsefemes cam archi or landscaping.aku masa masuk dulu pun tak berapa minat dengan kos ni sebab kerja studionya yang melampau sampai xkenal masa tido aku. lama-kelamaan aku dah biasa.seperti yang anda sedia maklum,bidang perancangan bandar ni merupakan bidang seronok untuk diterokai.dalam konteks negara,kita merupakan profesion yang teratas sekali dalam pembangunan negara diikuti archi and landscape.bagi adik2 yang nak try, join la planning society sebab ia merupakan satu pengalaman baru yang jarang2 dikenali oleh masyarakat umum.

Tanpa Nama berkata...

salam...saya sebenar yer ingin sgt tau psl bdg nie...sebab saya dapat tawaran belajar luar negara tajaan jpa...saya agak sedeh sebab...kebyakkan sedara mara nak sy jd doktor...mereka nk dlm famili de yg jd doktor...ye lar mereka pun tak tau per perancg bndr sebnr yer??? seronok tak bekerja sbgai town planner nie??? dan subjek per yg involve dlm kos nie tuk pre u???

haydik_adikdayah berkata...

kepada penulis... sebenarnya apa definisi sebenar perancangan bandar yer??? dan bgmana perancangan bandar hari ini mampu menyumbang kepada kesesakan lalu lintas???

Tanpa Nama berkata...

blh x jelaskn apakah yg dimaksudkn dgn perancangan bandar???
apakah skop kerja perancang bandar??
klu sudi maklumkan, blh x email kat sy..
chegoo_izzat@yahoo.com.my
sy sgt hargai klu sudi bantu...

Fakhrul Asyraf berkata...

aku TOwn planning jugak...hoho..best

Tanpa Nama berkata...

isshhh sorila aku nak mencelah sikit..pakai 'aku' jela senang nak story cikit...aku nie pn sebenarnye dak town plan jgk dlu blajo kt silver campus..n da pnah keje 2 taun pastu smbung plop blajo k s.alam nih...town planning nie sebenarnye satu bidang yg merupakan perintis kepada segala aspek pembangunan fizikal negara n juga tempatan..kami mengawal skop2 pembangunan dan juga menetapkan pembangunan yg dibolehkan n juga yg x dibolehkan.. semua bende yg nak dibuat kat atas muka bumi yang berbentuk bangunan(fizikal) harus melalui pihak kami@bidang kami tmasuklah kalo ko nak buat rumah pn..ha ckp pasai rumah sebanarnya plan@layout kawasan perumahan yg kebanyakan rakyat malaysia tinggal nie di bentuk oleh kami perancang bandar dan juga menyusunya agar menarik dan mengikuti syarat2 yg diperlukan kemudian bru pass kt budak lain cam arkitek ke landskap ke..cam putrajaya tuh penyusunan dan perletakan bangunan dan segala bende yang wujud adalah keje org2 kami(planner) cume design bangunan budak aki(arkitek punye keje)...
planning nie jgk profession yang akan membuka minda kebanyakan warganya pasal ianya banyak sagkut paut ngan bidang lain..n korang jugak sesuai tuk jadik YB pasai tau urusan yang berkaitan dengan keperluan n kebajikan org..ehhh kalo nak explain 5 taun aku blajo pn x abis..senang cite try..n mst x nyesal cme penat jela..kalo org laen da tido korang dok jage lagik smp subuh n ade masenye x tido brape ari nak siapkan assignment nihh bile ade dateline studio..ho2 mmg sgt mencabar..pe2 hal leh aa contac aku kt mail ke ym ke mie_klate85@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

hye..sy bdk baru abez belajar..
insyaALLh hjug taOn ny sy msuk u..
y mjd mslah sy ialh..ayh sy suke bdng town planig nie cOz kje dye de kaitn dgn bdng town planig nie dan dye nmpk mse dpn sy dlm bdng nie..
tetapi sy xSUKE town planig ny,bkn ape sy xpna dgr bdng ny.dn sy xpna tahu ape jnis kerjaya town planig ini pd mse akn dtg...

sy da bc pjelasan tuan(xtau na pgL ape,hehe) megenai town planig ny dpn page tuan tp sy msh xphm..
ape sbnr nye yg town planig ni buat???
ape focus tgusn ini???
tolg la terang kan pd sy..
sy tkut na ambk cOs nie..
walu pun sy blum psty akn dpt cos nie..tp sy bleh get ready kn?
sy na thu ape y bkl sy bljr sbnr nye....
dan ape y meyeronok kn dlm bdng town planig ini??
plishhhhh......
berikn sy sedikt sokogn dan galakn dlm bdg ini....
ewm tlg hntr ke emil sy ea..
eyraamirah@yahoo.com...

Tanpa Nama berkata...

aku pon town planner..best gak..
skang keja kt planning consultants...
dis thusrday..ada intrve ngan goment..arap2 dapat..huhu
idup town planner

Tanpa Nama berkata...

saya graduate town planning dr sbuah IPTA.. dh grad sejak 3 thn lalu. dan sejak tu jgak la, saya bekerja ngan consultant...tp kt sbuah engineering firm (mechanical & electrical). emm.. x tau la knaper boleh terjebak & terpesong jauh dr laluan sebenar..dan kawan2 majoriti mmg ikut flow..jadi town planner.Aper pun kelebihan blajar dlm bidang ni & skill yg ade boleh d guna pakai dlm contruction field...ape yg penting yakin pd diri, blajar betol2..rezeki Allah ade dimana2. Memandangkn dh bosan dgn kerjaya skarang, so saya tgh cuba2 kembali utk jadik town planner smula..ibarat "sireh pulang ke gagang"..agak2 masih blom terlambat ker??
-cactus-

Tanpa Nama berkata...

town planner = "WE BUILD A COUNTRY"

- ex-cert & ex-dip town planning UiTM -

patrick a.k.a penjenayah merah jambu berkata...

saya berminat untuk menjadi perancang bandar apabila saya tamat stpm nanti, jadi di universiti manakah saya boleh mendalami lebih mengenai ilmu itu?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
sy bru dpt temuduga uitm ttg course nie.. dr dlu mmg x pnh tahu menahu psl kerjaya ni.. juz my mom yg offerkan.. honestly, artikel tuan sgt2 membantu n sy da dpt gambaran ttg profession nie.. but,, pas bce komen2 len, sy bercampur-baur rsenyr.. teruje, takut, risau n bley ke sy lalui cabaran nie? (insyaAllah lau sy terpilih) cz im a gurl... quite scary lar.. huhu..

Tanpa Nama berkata...

salam berminat nk story skit pasal kos perancangan bandar kt ipta.sebenarnye kos ni mmg time sekolah dlu tak diajar. tapi sesiapa yg dpt kos ni korang bertuah sebab perancangan bandar berkaitan dengan membina bandar serta mempelajari selok belok mengenai pembangunan di malaysia ni.ade juga berkaitan dengan warisan, pelancongan, perumahan, sosial, pengangkutan, alam sekitar dan sebagainya. Kiranya sape yg penah main game sim city or game2 yang membina bangunan or rumah tu..lebih kurang mcm kos ni lah.

uitm, usm, utm, uia n polimas menyediakan kos perancangan bandar ni. mengenai kerjaya lepas abis blaja di universiti pula..di goverment ada Jabatan perancangan bandar dan desa (JPBD)sila search JPBD utk maklumat lebih lanjut, majlis bandaraya, perbandaran, daerah (PBT)juga one stop center (OSC).manakala firm planning pula makin banyak kt malaysia ni sila search malaysian institute of planners (MIP), (kaya sape yg keje kt firm planning).contohnya ada firm yang buat layout perumahan, komersial dan industri. so peluang pekerjaan tu banyak. malaysia makin pesat membangun dan banyak kawasan yang perlu dibangunkan dan dikekalkan. so time ni khidmat perancang bandar diperlukan..berbanding dengan kos lain..agak susah nk dpt pekerjaan..sbb terlalu byk kos2 yang sama di semua ipta dan ipts mahunpun kolej.

Tanpa Nama berkata...

bestNYE ada blog ni.........ramai la org tau pasal town plan ni... HIDUP TOWN PLANNER...

Tanpa Nama berkata...

gaji banyak tu brape gaji? anggaran?

Yaya berkata...

nak gaji ke nak keje? kalau nak gaji banyak apply lah MIP coperate member..t bleh la sain plan..cpt la skit kaya..hik3...kalau nak makan gaji sama macam profession lain. pokok pangkalnya kita bekerja kerana gaji @ kerana minat? tepuk dada tanya iman

Tanpa Nama berkata...

Sedikit pembetulan fakta:

Kebanyakan profesional di Malaysia telah mempunyai AKTA tersendiri. Contoh :

Akta Juruukur Bahan 1967
Akta Arkitek 1967
Akta Pendaftaran Jurutera 1967
Akta Akauntan 1967

AKU CYBORG berkata...

TOWN PLANNER.... MULA2 AQ DULU PN X BRAPA MINAT.... SBB MULANYA MINTAK ARCHITECTURE TP X DAPAT... SO DAPAT TOWN PLANNING.... TP PERIBAHASA MELAYU DAH KATA.... X KENAL MAKA X CINTA...... SKANG AQ DAH SERONOK NGAN JOB AQ SKANG..... ALHAMDULILLAH.... AQ MASIH LG STAY KEJA SBG TOWN PLANNER.... N AQ MASIH LG CARI KEPUASAN UTK DESIGN PEMBANGUNAN..... IDUP TOWN PLANNERS.....

Tanpa Nama berkata...

Ini benar-benar ide-ide besar dalam tentang blogging. Anda telah menyentuh beberapa hal cerewet di sini. Cara apapun menjaga wrinting .

buntu berkata...

saya pelajar thun stu usm....saya ambil prancangan bandar dan wilayah juga...tapi...saya tak minat bidang ni sebab xda matematik...perancangan bandar ni baca2 n hafal ja..jdi...rasa nk tukar kursus pengajian..ramai cakap susah dapat keja la..saya pelajar dri matrikulasi dalam civil engineering...saya xthu melukis...jd,sem pertama di usm..pointer saya dapat xmmuaskan..jadi niat saya nak tukar dri town planner ke building technology...apa pndangan korang..

Tanpa Nama berkata...

Bahkan ketika seseorang tidak menyadari afterward terserah pengunjung lain bahwa mereka akan membantu , jadi di sini itu terjadi.

Tanpa Nama berkata...

town planner, korang ni kira design sesebuah bandar ke? kawasan perumahan layout dia sape design?

NS CA berkata...

mcm mn dgn gaji town planner pd ms skrg ni?

Yaya berkata...

Soal gaji jika di sektor Awam sama dengan Gred 41 yang lain. Cuma untuk kepastian boleh rujuk dengan SPA. Di sektor swasta banyak peluang-peluang yang ada baik di Firma-firma perancang bandar, Arkitek, Pemaju, firma GIS dan macam-macam lagi. Perkara utama gain our knowledge and skill baru boleh jual diri kita di firma-firma yang ada di Malaysia mahupun luar negara.

iLyZyZa berkata...

salam . saye baru tamat form 5 . err saye dapat kos dip. perancangan banda dan wilayah , tapi kat polimas . agak-II diiktiraf tak ? maksud saye , kos tu cume ade kat polimas jea[dalam byk-II poli laa] . saye sempat masuk form 6 . ade sorang cikgu seni ni buat saye down . beliau cakap kos ni peluang pekerjaan terhad ! padahal saye memang berkobar sebab dapat kos yg saye minat ni . macam mane nak menolak pandangan beliau terhadap kos ni . bukan ape , beliau buat saye jadik down nak amek kos ni . huhu , thx !

Yaya berkata...

Utk makluman dik..sy dlu pun bermula daripada sijil perancang bandar POLIMAS. Mmg satu-satunya politeknik di Malaysia yang tawrkan kursus ini.. Alhamdulillah seronok belajar di POLIMAS.. dan setakat ini market graduan POLIMAS mcm pisang panas...Jgn difikirkan soal kerja lagi.. Bidang ini banyak cabang-cabang kerja yang boleh diterokai.. yang penting pupuk minat dalam diri..

Tanpa Nama berkata...

Salam, kepada adik2 yg br nk brkecimpung dalam dunia town planner,ianya salah satu kerjaya yg sungguh mencabar dan seronok..pada mulanya aq pn xth ape tu town planner, aq pilih sbb nama dia best..hehe tp dr satu sem k satu sem aq mula kenal ape tu town planner, skrunk dh 2 tahun berkerja..jgn risau jika takut x keje kerana byk pilihan kerjaya menanti anda..gud luck untuk adik2 yg br nk brjinak2 dgn bidang nie..

Tanpa Nama berkata...

Salam semua... Aku juga bekas student perancang bandar.. Masuk sebab nama dia best masa isi borang UPU.. hehe.. 2 tahun lepas aku kerja sbgai perancang bandar kt consultant... n now aku kerja as perancang pengangkutan kt GLC Company..
Jgan risau.. kalau pandai servive.. IsyaAllah..byakl cabang kerja yng anda boleh explore... Gud luck :D

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...:)]
sy dpat twaran blajar-town planning.tp sy rse tkot nak p.bleh bg kata2 smgat x?prlu ke ad basic untuk ambil bdang ni?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
saya student geografi tahun 3 UM. Tahun depan, saya perlu buat latihan industri. saya nak cuba apply utk buat internship dalam bidang perancangan bandar di JPB tp saya xpasti samada kedua2 kos ini related atau tidak. Sedangkan dalam geografi ada kursus geografi perbandaran, geografi pengangkutan,analisis lokasi ruangan, GIS, remote sensing dan perancangan bandar. boleh sesiapa bantu x??? utk cari pekerjaan kursus dalam bidang geografi sangat2 mustahil di Malaysia. so agak susah utk cari tempat utk intership. dan jika diizinkan, saya nak further master dalam prncngan bndar ni.

Tanpa Nama berkata...

saya pelajar town planning uitm seri iskandar.. semester 4. gReat experience dlm bidang ni. org nmpk remeh, tapi sukar.

Tanpa Nama berkata...

nk tnye,,ap lg tgas perancang bandar slain wat layout..ap yg planner buat pada mase skrng?adakh kerjaya sbg perancang sudah berkembang?

Tanpa Nama berkata...

town planner mula2 bt aq teruk sgt blja.studio yg terlalu berat bt kn aq xckup titow sgt..mula2 tertekan ngan keadaan tp lame2 jd smkin sronok walaupun m'cbar.ilmu yg dapat stiap kali studio mmg sbt2 berguna..klau bab keje cme berserah jela,stiap org ade rezeki msing2 kn,xsemesti nya amik egineering kuar2 komfirm berjaya..rezeki msing2..

Tanpa Nama berkata...

bole hidop ke dlm bidang town plaaner ni kalo x pandai mlukis?ak bdk dip in archi..igt2 nk smbg ijzah town planning..sb ak tslh pilih archi dulu..x pndai mlukis :)

Tanpa Nama berkata...

psl keje jgn rsau la..peluang ada di mana2..sbb bidang ni salah satu cabang profesional drpd arkitek, jurukur bahan, jurutera dan jurukur tanah. skrg pun dh berlambak firma2 perancangan utk timba pengalaman. dh mahir nti boleh masuk majlis daerah/perbandaran/bandaraya sbgai pihak berkuasa tempatan atau keje dgn pemaju perumahan. kalo dh bole sign plan buka la firma sendiri jd bos. masyukkk;)

Sharifah ALHABSY berkata...

Saya pon TOWN AND REGIONAL PLANNING JUGAK.. semester dpn praktikal dah.. :)

Miss M berkata...

Wow ! Best gila baca semua comment kat sini . Sgt2 berguna n buat saya tak sabar nk start study ^.^'

Baru dpt offer UPU dip perancangan badar dan wilayah kat UTM . Mmg first choice . Minat sgt tapi tulah , tak ramai yg tau bidang ni . Dorang fikir bidang ni remeh . Dorang kena baca semua benda kat sini niii . Hehe .

Syakina Kamarudin berkata...

lps je hbs spm nak kena ambik coarse apa supaya boleh jadi perancang bandar dan wilayah ni?

Syakina Kamarudin berkata...

kalau nak jadi perancang bandar dan wilayah lps SPM kena ambik coarse apa eh??

harap dpt tolong bg pendapat n nasihat tq :)

Yaya Tomey berkata...

Klu nak mulakan dgn sijil, di POLITEKNIK (POLIMAS) ada tawarkan sijil perancang Bandar dan wilayah. Sekiranya nak mulakan dengan Diploma, Ada beberapa universiti yg tawarkan diploma Perancangan Bandar dan Wilayah spt UiTM, UTM (tak sure sama ada masih ada atau tidak). POLIMAS juga klu tak silap sudah buka Diploma Perancang bandar. Actually belajar di POlITEKNIK sgt-sgt membantu kerana pengajiannya sgt terperinci dan byk amali.

ME n MYSELF! berkata...

ape je job scop urbn plnning ni eh?

Tanpa Nama berkata...

akak ni perancang bandar di DBKL.. dah service almost 8 tahun.. sebenarnya di PBT, planner lah profesion yg terpenting sbb kita generate income untuk PBT.. dan planner lah yang paling rapat dgn datuk bandar, kita advise datuk bandar untuk sesuatu permohonan pembangunan samada boleh diluluskan atau tidak. sbb selagi x dapat aproval perancang, semua x leh start..kerja tanah x boleh mula.. pelan bangunan pun x boleh submit (now sistem osc dah serentak tetapi still selagi perancang x lulus, yg lain x boleh start). kerja mmg best tapi mmg penat.. kalau bujang ok la lagi..

Tanpa Nama berkata...

salam.. saya sekarang tgah buat degree kt USM dalam bidang perancang bndar dan wilayah. skrang bru tahun 1. first semester. kerja studio memang sgt banyak . tpi bila dah submit rasa memang lega. apa yang saya nk tanya dekat sini, sejak 2,3 minggu lepas saya mula fikir macam2 pasal kerjaya town planner ni.. sebab banyak senior2 dari cos arkitek, Qs, building survey ckp cos town planner susah nk dapat kerja.. jadi saya tkot saya akan buang masa 3 tahun kat sini tanpa sebarang manfaat dalam kerjaya di masa depan.. tambahan pula ada yang cakap ijzah town planner dari USM x da nilai.. saya rasa down sekarang..
--- sya harap ada yang dpt tlong bgi penjlasn dan nasihat.. TQ

Muhammad Afizuddin berkata...

salam..nk tnye kje ni perlu syrat kelayakan dan ciri peribadi yg diperlukan utk masuk..

Yaya Tomey berkata...

wassalam... sememangnya saudara perlukan kelayakan sijil, diploma atau ijazah untuk mengisi jawatan dalam sektor awam.. berbeza dengan awal 90 an dahulu... kelayakan tak begitu penting untuk jalankan kerja2 technician atau runner..

Tanpa Nama berkata...

salam..saya nk tanya, apa beza PERANCANG BANDAR DENGAN PENGURUS BANDAR? APA TUGAS-TUGAS MEREKA...? HARAP DAPAT BERI SEDIKIT INFO..TIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

salam, saya lulusan ijazah perancang bandar tahun 1988. universiti tempatan. umur 49 tahun. kerjaya sekarang guru. peringatan untuk anak-anak yang sedang memilih kursus utk belajar. untuk cari ilmu banyak kursus yang sesuai. untuk kerjaya masa depan kursus ini bukan pilihan yang baik. amat sedikit peluang di sektor kerajaan dan juga swasta. seorang perancang bandar dah cukup untuk mentadbir bahagian perancangan bandar di sebuah majlis perbandaran atau pbt. kalau mcm DBKL ramai sikit, kalau pbt yang kecil2 kadang cukup dengan lulusan diploma sahaja. kalau dah ada degree town planning tolong sambung belajar peringkat master bidang lain spt landscape arkitektur, gis, projek manangement, alam sekitar, utk tambah nilai. utk yang baru nak pilih course cubalah kursus lain. bidan ini boleh dilakukan oleh lulusan dalam bidang yanng lain juga.

Tanpa Nama berkata...

salam.. kak .. saya dpt good result in LK n Maths spm bru2 ni.. jadi , adakah ia memberi kelebihan kpd saya utk dapat mengikuti kos town planning di uitm :) :) :)

13 Mei 2014 3:20:00 PTG

Tanpa Nama berkata...

salam ..kak sye bru ditawarkan kos ni..ape yg saya perlu belajar nati kt u..? bidang ni sukar ke ?

Tanpa Nama berkata...

salam ..kak sye bru ditawarkan kos ni..ape yg saya perlu belajar nati kt u..? bidang ni sukar ke ?

ainiey nadz berkata...

as salam....sy tgh praktikal di slh sebuah syarikat perancang bandar...n sy bdak archi....first day...sy melangut dpn lptop n tgk staf kat cni bt keje...i second day...sy xthn dh sbb xmaw duk saja tnpa bt apa2...terus sya p tny bos....bos amt sporting abis ....dia suh sya bljar je gn staf at cni...sbb dia xtaw nk ajr ap at sya sbb sy dak archi lain bdang ...huhu...tp mcm best n sng dr archi...

Catat Ulasan