CABARAN SI CILIK MERENTAS SELAT MELAKA

Baru tadi aku membelek-belek Berita harian n aku terjumpa satu artikel yang menarik yang aku nak tulis di sini. Ni mengenai Perenang Muda Negara Salman Ali. Aku rasa bertuah sangat kerana aku tergolong di dalam 10 orang perenang yang bersama-sama berenang dengannya sewaktu kali pertama dia berenang jarak jauh iaitu merentasi Selat Dinding di Lumut. Memang aku respect dengan budak ini. Comel aje n pemalu. Cara dia berenang bak ikan melikuk di air. Budak ini memang kuat disiplinnya. Sewaktu kami training di TLDM Lumut dan Kg Aceh, Perak dia sentiasa follow dengan seorang lagi kawan dia si budak debab ape ah nama dia(Anak pak guard UiTM Perak).

Pertama Kali berenang di laut aku tengok dia memang mampu berenang jauh. waktu tu usia dia baru 6 tahun kalau tak silap aku, tahun 2003. Pada tahun 2005, UiTM Seri Iskandar ada event utk merentasi selat Dari Pulau pangkor ke Lumut, Perak tetapi di sebabkan tsunami yang melanda program terpaksa di batalkan. Daripada apa yang aku faham program itu sebenarnya untuk long term program bagi menyahut cabaran merentasi selat inggeris. Tapi aku tak sangka daripada event UiTM asalnya kini budak ini mampu untuk menyahut cabaran selat Inggeris. Tak tahu plak macam mana si Qabin leh menyelit sekali. So aku Harap dia berjaya merentasi Selat Melaka kali ni. GO..GO.. SALMAN..


RAMADAN bukan penghalang bagi perenang jarak jauh termuda negara, Salman Ali Shariati Abdul Halim, 11, untuk terus berlatih sebagai persiapan berenang merentasi Selat Melaka dari Pulau Repat di Sumatera ke Port Dickson, akhir Disember ini. Bersama kakaknya, Zahra Masoumah, 14, dan penjelajah muda negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobin), 26, mereka akan berenang sejauh 50 kilometer untuk merentasi laut bergelora dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bapa mereka, Abdul Halim Manaf berkata, Salman dan Zahra berenang sejauh antara 25km hingga 30km seminggu di perairan Selat Dinding iaitu di antara Teluk Batik dan Jambatan Raja Permaisuri Bainun sambil diawasi TLDM. "Mereka sudah memulakan latihan intensif sejak Februari lalu dan kini semakin yakin untuk melakukannya. Salman masih muda dan saya melihatnya memiliki ciri-ciri untuk menjadi seorang atlit triathlon yang berjaya," katanya.

Salman, Zahra dan Qobin adalah dalam misi merentasi Selat Inggeris sejauh 38km tahun depan, di bawah `Ekspedisi Ekstrem 7 Benua (EE7B) Fasa III yang dinaungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Antara kejayaan Salman yang juga dikenali sebagai `budak besi' ialah diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai perenang jarak jauh termuda negara buat kali kedua tahun lalu.

Salman yang pernah menyeberangi Selat Melaka dengan berenang dari Langkawi ke Perlis bersama Zahra tahun lalu, muncul triatlit termuda menamatkan `Desaru Penggerang International Triathlon, Johor, pada 16 Ogos lalu. Dia menamatkan disiplin renang sejauh 2km, berbasikal 90km dan larian 21km.Tahun lalu, Salman ketika berumur sembilan tahun menamatkan empat kejohanan triatlon, lari separuh maraton, renang maraton dan duatlon manakala pada 2006, dia menamatkan tiga kejohanan. Abdul Halim berkata, Salman belajar berenang seawal umur empat tahun dan mula menyertai larian jarak jauh ketika berumur lima tahun dan renang jarak jauh ketika enam tahun.
( Berita Harian)


Blog yaya Updated at: 11:56 PG

1 comments:

  1. salam.. kak .. saya dpt good result in LK n Maths spm bru2 ni.. jadi , adakah ia memberi kelebihan kpd saya utk dapat mengikuti kos ini di uitm :) :) :)

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda