Jika Anda Tersedak


Sinonimnya, bercerita tentang tersedak, orang melayu dulu-dulu percaya jika tersedak itu tandanya ada orang yang sedang sebut-sebut nama kita, memuji atau mengumpat tu tak diklasifikasikanler pulak.... Dan semua tahu sudah, itu hanyalah mitos orang melayu dulu-dulu, sama taraf macam larangan tak boleh duduk atas bantal nanti dapat bisul atau menyanyi di dapur akan dapat kahwin dengan datuk, (datok K misalnya), dan lain lain.. Namun, andai benarlah setiap kali orang puji kita atau kutuk kita maka tuan punya badan akan tersedak-sedak, aku rasa tentu Anuar Ibrahim, atau Paklah atau sekian-sekian Menteri yang sewaktu dengannya akan asyik tersedak-sedak bila tiba musim pilihanraya...

Apa-apapun, aku rasa bukan masyarat melayu sahaja yang 'percaya' tersedak itu tandanya ada orang sebut nama kita, bukan.., sebab aku pernah tengok dalam satu siri kartun animasi jepun yang berjudul Naruto, watak Jiraiya selaku tok guru Naruto yang mahir dengan teknik seruan katak dari kampong Kanoha jugak 'tersedak' dalam satu babak apabila Naruto mengumpatnya.

Sekarang sempena bulan Puasa yang mulia, aku akan tulis satu cerita benar yang confirm bukan mitos dan cerita ini telah berulang sejak zaman berzaman untuk sejarah masa hadapan! Ini adalah cerita tentang satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa telah bersabda akan nabi Muhammad SAW yang bermakasud:

"Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka..."

Wah! Ini berita yang SANGAT-SANGAT bagus, Cuma sedih sedikit pada diri sendiri, sebab aku yang hina ini sangat tak pasti akan kepada siapakah sebenarnya ditujukan akan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka tapi kemudian di bebaskan jua akhirnya dalam hadith di atas, siapa?. Aku yang jahil banyak bab ugama dan tak tahu maksud Hadith ni, telah timbul soalan dari diri aku, iaitu sejuta ahli neraka itu di rujuk kepada yang masih hidup atau yang sudah jadi mayat? Jika ada ustaz yang tahu, boleh bagitahu aku, aku memang masih banyak yang jahil… Soalan aku adalah, Jika sejuta ahli neraka dalam hadith di atas itu ditujukan kepada mereka yang telah jadi mayat, maka mayat yang mana dulu akan di bebaskan? Mungkin mayat yang anak cucunya berdoa untuk mereka atau bagaimana? Mayat yang tiada anak dan cucu pula bagaimana? Atau, Sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada aku dan korang yang masih hidup kerana antara kita memang dah banyak buat dosa sehingga telah tertulis nama di pintu-pintu neraka!. Naduzubillah! Sebagai contoh sebab-musabab nama tertulis di pintu neraka, Nabi bersabda:

"Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solah itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub bersamaan lapan pulun tahun dan satu hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia ini)"

Contoh dari Sabda Nabi yang lain,

"Seseorang yang meninggalkan walaupun satu solah fardu dengan sengaja, namanya akan tertulis dipintu neraka dan dia pasti akan memasukkinya."

(Kitab Qurratul Uyun) Jadi aku yang jahil ini beranggapan bahawa sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada yang masih hidup, yang mana mungkin ada antara korang telah sengaja tak solat, maka nama dah tertulis dipintu neraka sedang korang masih belum jadi mayat lagi…, tapi tak semestinya anggapan aku betul.. Cuma mungkin setelah dirujuk kepada hadith Nabi yang yang di ambil pada tarikh 30 hb syaaban riwayat Hazrat Salman R.a yang berbunyi,

"Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara(dari empat perkara) yang tidak boleh tidak kamu perlukan iaitu memohon shurga daripada Allah dan meminta perlindungan dari api neraka."

(Kitab Fadhilat amal) Nampaknya memang nabi ada suruh kita banyakkan mintak selamat dari azab api neraka pada bulan Ramadhan dan mintak pulak adalah bagi pihak diri kita sendiri.. Maka aku berharap kita semua bertawajuh pada ALLAH agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah kita: aku dan korang! Walaupun, setelah segala dosa itu kita cucuri dengan air mata menyesal, taubat dan qadha mana yang tinggal, namun kuasa memadam nama dipintu neraka adalah di tangan Allah, maka sempena bulan puasa ini di waktu berbuka, sekali lagi aku harap kita sama sama dapat bertawajuh pada ALLAH dengan sepenuh harapan agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah termasuk kita semua: aku dan korang! Namun, ikut quote Hadith yang mula-mula di atas, Allah hanya bebaskan sejuta ahli neraka sahaja setiap hari, sedangkan Ummat islam ada berbilion-bilion atas muka bumi ini..! Maka nak tak nak, kita memang kena ikut sangat sabda Nabi dalam Hadith di atas yang mengatakan "Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara (dari empat perkara) YANG TIDAK BOLEH TIDAK KAMU PERLUKAN iaitu memohon syurga daripada Allah dan meminta PERLINDUNGAN DARI API NERAKA." Maka kena bersungguh-sungguh mintak bebas dari azab api neraka terutama waktu berbuka kerana setiap hari, Allah hanya bebaskan sejuta orang sahaja daripa berbelion-belion ummat islam yang ada atas muka bumi ini yang masih hidup, yang ada dalam perut bumi pula ada lagi berbilion trillions! …

Baiklah, pendek cerita, sebab dah banyak hari juga Ramadhan telah berlalu, peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan… Jadi kesimpulannya, kita memang kena 'berlumba-lumba' di bulan Ramadhan ini dengan bersolat sunnat tarawih, bertadarus Al Quran, berdakwah, dan lain lain ibadat demi meraih perhatian Allah agar kita termasuk dalam 30 juta ahli neraka yang akan di bebaskan.., amin!

Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Allah akan menumpukan perhatianNYA kepadamu dalam bulan Ramadhan, Dia akan menurunkan Rahmat, dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para Malaikatnya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada Rahmat Allah pada bulan ini"

Riwayat Ubadah bin Sommit RA

Maka, tunggu apa lagi? peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya sejuta sahaja sehari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada hanya 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan… Inilah bulan kita nak bersolat tarawikh kerana bulan ini sahaja yang ada, jangan berbaring di depan TV, inilah bulan amalan sunat mendapat ganjaran fardu, dan amalan fardu di ganda-gandakan.. Maka kena cepat dan jangan ketinggalan untuk bersungguh-sungguh mintak bebas dari azab api neraka terutama waktu berbuka kerana setiap hari, Allah hanya berjanji untuk bebaskan sejuta orang sahaja daripa berbelion-belion ummat islam yang ada atas muka bumi ini yang masih hidup, Apa lagi nak di kata? Dan ada satu lagi berita baik, dari Hadith pertama di atas, masih ada sambungan..

Nabi bersabda: (sambungan Hadith pertama)

"..Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu ahli neraka sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan."


Wah!! ini SUDAH SUDAH SUDAH-SANGAT SANGAT SANGAT BAGUS! Dari 30 juta ahli neraka telah di tambah kepada 60 JUTA!!! Betapa Pemurahnya Allah! tunggu apa lagi? peluang 30 juta dah di tambah kepada 60 juta!! Ingat!! ADA 60 JUTA ahli neraka yang akan di bebaskan dari neraka dan peluang ini masih di buka, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya 60 juta sahaja yang confirm masuk neraka akan di bebaskan… Jangan berlengah lagi, kunjungilah masjid yang berhampiran untuk keterangan lanjut, dan tarih tutup adalah pada 1 syawal.. InsyaAllah….


Blog yaya Updated at: 9:03 PG

0 comments:

Catat Ulasan

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda