Kata-kata nasihat

Berikut antara kata-kata nasihat yang amat yaya sukai dan kur enungkan dikala kegelisahan. Selamat beramal. :)




  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar sekuntum senyuman. Dunia ini umpama lautan yang luas. 
  • Kita umpama sebuah kapal yang belayar di lautan luas dan telah banyak kapal karam didalamnya.. andai muatan dibawa adalah iman, dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
  • Hidup ini tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah dilakukan dengan jujur. 
  • Hati yang terluka umpama besi yang bengkok walau diketuk-ketuk amat sukar untuknya kembali kepada bentuk asal. 
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup pasti ada kekuasaan ilmu. 
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun di lautan yang akan pecah bila-bila masa. 
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia dari memberi banyak tapi diiringi dengan riak. 
  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai kenangan hitam pada masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. 
  • Lidah yang panjangnya cuma tiga inci boleh membunuh seorang manusia yang tingginya enam kaki. 
  • Agama itu tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. 
  • Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. 
  • Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat dengan mata kasar. 
  • Hidup ini memerlukan pengorbanan. Pengorbanan pula memerlukan sebuah perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan dan ketabahan itu memerlukan keyakinan yang jitu. 
  • Keyakinan yang jitu akan menentukan kejayaan seseorang manakala kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan hidup seorang anak muslim.





P/s : Sekiranya artikel ini memberi manfaat untuk membentuk sahsiah diri kita, pohon jasa baik sahabat sekalian untuk berkongsi link artikel ini dengan menekan butang facebook di bahagian kanan blog ini. Semoga dengan perkongsian ini akan memanjangkan lagi ilmu kepada rakan-rakan semua. 


Tags: cinta, hati, mutiara, kata, nasihat, bijak, pandai


Blog yaya Updated at: 9:25 PG

16 comments:

  1. semua yag terjadi mngngatkn kta kpd yg esa....jd renung2kan lah...

    BalasPadam
  2. semua yag terjadi mngngatkn kta kpd yg esa....jd renung2kan lah...

    BalasPadam
  3. kidikut tul....
    nak share ngan org len pun x ble...
    hehehhehe

    BalasPadam
  4. abg_SelamBeR

    kita hidup ini perlu mengejar akhirat supaya bumi akn mencari kita,jikalau kita mengejar akhirat dunia akan mencari kita dan mencekik leher kita...k..renung-renungkanlah dan selamat beramah..huhuhu

    BalasPadam
  5. kedekut tul ah ...orang nak share pun tak leh...huh

    BalasPadam
  6. adoi...sy mmg nakal pnn
    bole la share...
    please...
    hehe

    BalasPadam
  7. huhuhhu.. bagi nasihat.. ilmu sedikit jika dikongsi lebih mendatang kan manfaat.. tapi dia nya.. org nak ambik pon tak leh.. hahahaaha
    hapy nice day

    BalasPadam
  8. hehe...ilmu yang dipanjang2kan akan memberi manfaat..have a nice day..

    BalasPadam
  9. Nak menuntut ilmu biarlah sampai ke negara china... :)

    BalasPadam
  10. SLM IZINKAN SY SHARE NGN KWN2

    BalasPadam
  11. TQ..SY DA AMEK TD...HRP HALALKN...:)SLM UKHWAH..TERUSKN USHE SEBARKN ILMU

    BalasPadam
  12. boleh tu memang lah boleh..cuma lebih elok jika tinggalkan email sebagai tanda hormat pabila kita ingin meminta sesuatu..:)

    BalasPadam
  13. knpa kenangan ktika bsamanya sgat ssh utk mlupakannya..sya dh sdya upaya utk mlpakan tp semakin sya mlpakannya ati sya kuat mgatakan cinta kpdanya..:_)

    BalasPadam
  14. Manusia ada berbagai ragam...kekadang niat ikhlas kita bersuara selalu d salah ertikan. ada baik nya pepetah mengatakan pandang cermin. mungkin....tapi hati kita tidak pula kelihatan.

    BalasPadam
  15. assalamualaikum. . hye

    BalasPadam
  16. assalamualaikum. hya semua.

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda