Mengapa orang yang bersolat masih melakukan kemungkaran?

Posted by Yaya Tomey

Tahukah anda, bahawa solat itu sebenarnya bertujuan untuk menguatkan jiwa manusia sehingga mampu meninggalkan perkara keji dan kemungkaran, tetapi mengapa masih ramai yang mendirikan solat 5 waktu tetapi masih melakukan kemungkaran? Allah SWT telah berfirman  di dalam ayat 45, surah Al Ankabut :

" Sesungguhnya Solat dapat mencegah manusia daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah dengan Zikrullah adalah lebih besar. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. 

Solat yang mampu memberi impak positif sepertimana di dalam firman Allah SWT adalah solat yang dikerjakan dengan penuh kusyuk dan betul. Sehubungan itu kata Ibnu Kathir di dalam tafsir Al Quran Al Azim, solat haruslah mencakupi aspek zikrullah dan ini adalah tujuan yang paling utama. Kata itu diperkukuhkan lagi melalui ayat 14, surah Taha maksudnya 

"Dan dirikanlah solat bagi berzikir kepada Ku"

Maka solat yang kosong daripada zikrullah dan tidak memberi penumpuan kepada mengingati Allah SWT tidak akan dapat membentuk jati diri yang unggul. 


Hamka, di dalam tafsir Al Azhar berkata, " solat yang akan menjadi benteng daripada perbuatan keji seperti berzina, merompak, merugikan orang lain dan segala perbuatan mungkar adalah solat yang dikerjakan dengan khusyuk. Ia adalah tujuan solat itu untuk melatih diri supaya mengingati Allah dengan berikir. 


Sedarkah kita Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa berapa ramai diantara kita yang melakukan solat sedangkan tidak mendapat apa-apa melainkan penat dan letih sahaja. Ketahuilah kita hari ini bahawa terlalu banyak ruang dan titik noda-noda hitam di hati kita harus ditutupi untuk persiapan diri bertemu Allah SWT. Adakah kita ingin bertemu dengan Nya dalam keadaan diri yang dipenuhi oleh dosa dan noda yang kita lakukan..? 

Renung renungkan... bersama...

Wallahu A'lam ...

Posted by: YAYA
BLOG YAYA, Updated at: 11:50 PTG

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan