Episod Tak dirancang - Beli Hartanah Bandar Akademia


Minggu lepas adalah episod kedua yang berlaku dalam keluarga yaya. Selepas terbeli kereta secara tidak sengaja semasa tolong survey kereta ayah di kelantan kali ini perkara yang sama berlaku di Bandar Akademia. Hajat di hati hanya untuk lihat-lihat saja memandangkan sudah banyak kali yaya dan suami membuat survey rumah untuk dijual namun tiada satu pun yang serasi bersama. Cuma entahlah mungkin Allah jodohkan kami dengan bandar akedemia walaupun perjalanan ke destinasi agak panjang pada mulanya. Dua-dua terus setuju, tersenyum dan tanpa fikir panjang terus booking pada hari yang sama juga.

banglo springfields

Lepas buat lawatan tapak dan lihat rumah contoh hati yaya memang sangat teruja nak beli rumah disini. InsyaAllah jikalau tiada apa-apa halangan beberapa minggu lagi yaya akan tandantangan M.O.T. Harapnya semua itu berjalan dengan lancar insyaAllah....

Springfields Akademia

rumah contoh springfields bandar akademia

bandar akademia springfields

Kalau tak salah yaya sebelum ini harganya agak murah jika nak dibandingkan dengan sekarang. Cuma 180K. Sekarang yaya kena beli pada harga lebih kurang RM290,000 untuk jenis springfield. 

Memandangkan yaya kerja di Putrajaya dan suami di Sri Petaling itu bukanlah menjadi satu masalah kerana kami berdua mementingkan keselesaan. Lagi pun bukan mudah untuk dapat harga rumah semurah itu untuk 1 unit banglo. 

Sebelum ini Yaya dan suami memang bercadang nak beli kondominium Setia SP di Presint 15 yang sedang nak naik tu tapi memandangkan harganya yang agak mahal RM380,000 untuk 985 sqft jadi kami berdua terpaksa lepaskan kepada orang lain. 

Note : Teringin jugak nak ikut jejak langkah saufi karim membuat pelaburan hartanah tanpa modal


Blog yaya Updated at: 5:19 PTG

1 comments:

  1. Kata2 hari ini belum tentu benar untuk hari esok..semuanya di bwh perancanganNya..selamat berjuang wahai sahabat.rumah impianku adalah syurga firdaus bersama org2 yg mencintaiku kerana Allah..

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda