Resepi Kek Coklat Moist Kukus Gaya Mat Gebu


Resepi Kek Coklat Moist Kukus Lazat – Sebenarnya sudah lama yaya kepeinginan nak makan Chocolate Moist cake. Sejak adik ipar yaya menjual cake Chocolate Moist Anis tu.. sedaplah

Rasanya macam dah jatuh cinta pulak dengan kek coklat ni. Huhu..memang sedap..lembab dan gebu sekali

Sedih jugak lah tak dapat makan hari ini.. Cadangnya petang tadi nak buat tapi suami pulak kalut nak pergi kerja..hurmmm terpaksalah lupakan hajat yang terbuku dihati..



Dalam carian dengan pakcik google..hurmmm banyak juga resepi kek coklat moist ini. Tak tahu mana satu nak ikut..

tapi bila yaya tanya pn Hazralin dia beritahu mudahnya ikut sahaja panduan sensasi kek coklat. Resepinya pun pelbagai dan setakat ini Alhamdulillah rasanya sedap menghampiri cake Chocolate Moist Anis gitu..

Oh! Betul ke begitu..

Banyak sangat "resepi ganache' katanya tapi dalam banyak-banyak resepi panduan ini juga yang lebih detail dan hasilnya memang terbaik.

Yaya pun belum baca lagi.. Cuma dengar-dengar sahaja.. so untuk kali ini sebelum yaya terlupa yaya tuliskan dahulu resepi rahsia kek coklat moist mat gebu Anis..opss.. ala anis sebenarnya.. marah pula pn Anis nanti.. 

Bahan untuk 1 loyang kek coklat moist kukus 

Bahan A
# 1 cawan gula
# 1 cawan susu pekat jenama Marigold
# 1 cawan susu cair jenama Marigold
# 1 cawan serbuk koko
# 1 cawan minyak

Bahan B
# 4 biji telur
# 1 sudu kecil essense vanila

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Kaedah penyediaan
  • Campurkan kesemua bahan A dan masak didalam kuali tetapi jangan sampai mendidih..cukup sekadar cairkan gula dan sekatakan koko. Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik. 
  • Pukul telur bersama 1 sudu kecil essense vanilla sampai kembang boleh di blend sahaja 
  • Ayakkan campuran bahan C. Kemudian masukkan bahan B dan C secara berselang seli ke dalam bahan A. Kacau menggunakan senduk dan ratakan 
  • Tutupkan loyang dengan aluminium foil supaya air kukusan tak masuk dalam kek ataupun boleh dibalut tudung periuk dengan kain lampin. Kukuskan kek selama setengah jam. Anda boleh periksa dengan mencucukkan menggunakan lidi. Sekiranya bancuhan melekat pada lidi bermakna kek anda masih belum masak sepenuhnya. 
  • Untuk topping pula campurkan 2 sudu serbuk koko atau chocolate bar, setengah tin susu pekat dan 1 sudu butter. masak dalam kuali sehingga pekat. Kemudian curahkan bancuhan di atas kek anda tadi. 

Selesai sudah resepi cake Chocolate Moist yang lazat yang gebu gitu. Budak-budak memang sukakan coklat dan anda bolehlah mencubanya untuk santapan dihujung minggu.

Tapi sekiranya anda mahukan resepi yang lebih detail dan lazat sehingga menjilat jari apa kata anda dapatkan panduan kek coklat sensasi dari Pn Shida. 

Dengan pelaburan RM90 anda juga akan perolehi update resepi-resepi kek terkini daripada Pn Shida sepanjang hayat selagi pn shida masih hidup.



Blog yaya Updated at: 3:16 PG

10 comments:

  1. Yumyum sodapnye.. Lame tak buat kek coklat kukus nih :D

    BalasPadam
  2. emmmm....sedapny.tp nk tny gk la mmg gna 1 cwn je tepung ya





    BalasPadam
  3. Alhamdulillah,.akhirnya berjaya jgk buat kek coklat utk insan teristimewa walaupun ckeeet je dia rasa ;).. harap2 dia xkempunan dah nk merasa kek coklat dr sy....hihhiii

    BalasPadam
  4. salam,nampak sedap kek coklat 2..moisttt..sy ambik ye resepi ni,tq=)

    BalasPadam
  5. Kek kukus !!!!! sedapnyer!!!!

    http://kekcoklatsedap.weebly.com/

    BalasPadam
  6. Izinkn dcopy...huhuuu...

    BalasPadam
  7. Baru je bt guna resepi ni..mmg mudah dan sedap sgt..tq kongsi resepi..:)

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda