Tips Menjadi Usahawan Berjaya Di Malaysia

Cita-citaku menjadi orang kaya..
Begitulah ungkapan lirik lagu yang didendangkan oleh si anak kecil yang dikenali Tegar.


Ungkapan melayu seringkali menyebut

"Bukannya senang untuk menjadi senang tetapi bukannya susah untuk menjadi susah." 

Yaya yakin setiap daripada kita pasti mempunyai impian untuk berjaya apatah lagi ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ia adalah impian setiap individu tetapi bukannya hak kepada seseorang.

Siapa yang tidak mahukan pulangan lumayan melalui rezeki daripada cabang-cabang perniagaan kerana Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Usahawan yang benar-benar dikatakan berjaya adalah sekiranya mereka mengganggapkan (berniat) sesuatu perniagaan itu adalah sebagai suatu ibadah.

Pentingnya nawaitu (niat) kerana ia adalah titik permulaan kepada tindakan kita.

Alangkah baiknya dan bertuahnya umat islam hari ini sekiranya semua usahawan muslim di Malaysia mempunyai pandangan dan visi yang sama. 

Pastinya perniagaan umat islam hari ini akan meningkat dan dalam masa yang sama syiar islam akan kembali menerangi seluruh pelusuk dunia.

Mungkin dalam pemikiran kita seringkali bertanya apakah peluang-peluang yang ada yang boleh menjadikan kita usahawan berjaya? Cukup sekadar di Malaysia. 

Persoalannya? adakah kita melihat tokoh-tokoh usahawan Muslim berjaya diMalaysia? Lihatlah contoh Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary bagaimana beliau membina empayar perniagaannya sehingga tersenarai 8 individu terkaya di Malaysia.

Raihlah ilmu-ilmu dalam bidang keusahawanan untuk kita mempersiapkan diri dan memperkemaskan langkah untuk menghadapi cabaran dan ringatangan dalam dunia perniagaan. Tanpa ilmu, masakan kita akan dapat mengembangkan potensi yang ada dalam diri kita.

"Suatu kejayaan tidak akan datang bergolek didepan mata"

Pasti banyak cabaran dan ranjau yang harus ditempuhi dan suatu pengorbanan haruslah dilakukan untuk mencapai kejayaan tersebut.

Mungkin ada diantara kita datang bukannya dari latar belakang keluarga berada yang mempunyai sumber modal kewangan yang kukuh untuk menapak dalam dunia usahawan.

Sebahagian dari kita mungkin terpaksa menjual asset kesayangan semata-mata untuk memenuhi tuntutan kejayaan perniagaan biarpun dikala kegawatan ekonomi yang sedang melanda.

Jangan hanya memikirkan keuntungan dan kemewahan semata mata kerana sebagai seorang usahawan muslim yang berjaya, kita tidak hanya mengukur kejayaan itu dari sudut keuntungan fizikal atau secara zahir tetapi haruslah disertai dengan pengisian rohani atau lebih tepat diringi dengan kehendak keperluan akhirat. 

Sekiranya anda mempunyai niat untuk menjadi usahawan atau JUTAWAN berjaya dunia dan akhirat tetapi tidak mempunyai panduan atau sebarang modal adalah baik sekiranya anda memulakan dengan mendalami ilmu perniagaan. 

Mungkin e-book rahsia KERJA DARI RUMAH dapat membuka minda dan langkah anda untuk berjaya di masa hadapan.

Untuk dapatkan e-book boleh rujuk laman ini -- > Panduan Rahsia Kerja dari Rumah

Yaya ucapkan selamat maju jaya..

p/s : Dah berjaya jangan lupa diri dan jangan lupakan blogyaya.com. :)

Wassalam


Blog yaya Updated at: 10:47 PG

12 comments:

  1. biar kita berani bila berani kita lebih berusaha untuk maju ke hadapan ;)

    BalasPadam
  2. Sudah menjadi impian menjadi usahawan siber yang berjaya.

    BalasPadam
  3. berani mengambil risiko n kenali SWOT analisis =)

    BalasPadam
  4. setakat ni akak tak pernah mencuba dalam bidang perniagaan..

    BalasPadam
  5. Nice sharing..sgt stuju =) sy pn ada cita2 nk ada bisnes sndri..cuma modal dan ilmu dlm perniagaan je blum ada lg..inshaa'Allah akn usaha 1hri nnti..yg pntg ada ilmu, usaha, tawakkal dan berdoa..skrg ni bidang perniagaan ape yg terbaik ye??

    BalasPadam
  6. Teringin juga one day ada bisnes sendiri, tapi tatau nak buat ape.. teringin je... sbb malas pegi keje wpun suke juge keje.. Hahahaha...

    BalasPadam
  7. Usaha sebagai ibadah, saya setuju itu...

    BalasPadam
  8. I totally agree with your opinion.... great post..

    BalasPadam
  9. Padaintinya, menjadi wirausaha yang sukses harus kerja keras dantetap konsisten...

    BalasPadam
  10. mantap artikelnya. keren..Luar biasa.. dan sangat menginspirasi..

    BalasPadam
  11. sangat menginspirasi. kunjungi toko saya dong he..he..

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda