Blogwalking Satu Tips SEO Terhebat


Blogwalking?

Mengapa Blogwalking penting sangat pada seorang Blogger?

Tips Paling efektif melakukan Blogwalking

BAGAIMANA MEMBUAT BLOGWALKING

Setuju tak jika yaya katakan bahawa sebuah blog itu umpama seperti rumah. Blog yang hidup umpama seperti rumah yang penuh dengan pelbagai aktiviti, manakala blog yang mati (tiada pengunjung) umpama rumah kosong yang berhantu.. Erkk!!

Itu hanya sekadar pandangan yaya sahaja. Terpulang pada anda untuk menilainya.
Apa hubungkait blog dengan blogwalking? Adakah blog kita perlu dibawa berjalan kesana kemari? Hahaha..mungkin bagi anda yang masih baru ia seperti kelihatan pelik dan janggal untuk didengar.

Bahasa paling mudah untuk difahami blogwalking membawa erti satu kaedah bagaimana kita memperkenalkan blog kita kepada umum dengan cara mengunjungi blog lain dan meninggalkan komen serta backlink.

Blogwalking boleh juga diandaikan sebagai nadi sesebuah blog. Untuk orang lain mengenali blog anda, haruslah memperkenalkannya kepada orang lain dahulu sebelum anda dikenali. Ada juga rakan Yaya beritahu kekerapan Blogwalking akan menaikkan rank dan SEO blog anda. Mungkin juga ada kebenarannnya..

Mengapa yaya katakan ia begitu penting?

  • Sebagai satu medium mengeratkan siraturrahim
  • Satu cara untuk mempromosikan blog anda
  • Satu kaedah efisyen untuk memperolehi backlink
  • Sebagai medium untuk menarik traffic ke blog anda
  • Satu medium untuk perkongsian dan pertukaran idea
  • Satu sumber maklumat untuk anda mencari idea

Bagaimana langkah membuat Blogwalking Yang Efektif?
Bagi mengelakkan blogwalking tidak sia-sia beberapa perkara perlu di ambilkira :
  • Komen haruslah selari dengan topic yang dibincangkan
  • Jangan sesekali membawa link live bersama isi komen
  • Gunakan ruangan “name/URL” untuk menanam link blog anda
  • Saling bertukar link dan follow blog yang anda kunjungi
  • Tinggal ulasan yang menarikserta jujur dan bukan sekadar ulasan “blogwalking”, “salam kenalan”“artikel menarik” dll
  • Elakkan membuat SPAMMING atau menggunakan robot untuk meninggalkan komen kerana cara ini sangat sangat tidak efektif dan memualkan! PLZ STOP
  • Lakukan blogwalking setiap hari minima 10 blog sehari (Kalau termampu)

Lebih banyak anda membuat blogwalking lebih mudah dan lebih cepat blog anda dikenali umum. Ok.

Sebagai contoh berikut senarai blog yang Yaya kunjungi untuk membuat blogwalking

1. Cara Penjagaan Kucing Comel
2. Blog Terengganu
3. Doktor Facebook
4. Rahsia emas


Selamat Blogwalking.


Blog yaya Updated at: 12:20 PTG

2 comments:

  1. Assalammualaikum...blogyaya,

    Terima kasih tip2 yang diberikan ini, walaupun kita biasa membaca nya. Tetapi pendekatan tiap2 blogger adalah berbeza dan seronok dibaca untuk ingatan mselim3 nie.

    mselim3

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas artikel ini.
    Haji baru-baru nak belajar blog walking ni.
    Haji akan cuba praktikkan insyaAllah.
    Tq

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda