5 Cara Bagaimana Kuruskan Badan Dengan Berkesan Dan Cepat

Kurus cara sihat? Benarkah perkara itu benar-benar boleh dilakukan? Ramai antara sahabat sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk membuang lemak-lemak jahat supaya kelihatan menawan. Keghairahan untuk tampil anggun, bergaya dan sihat ada kalanya membuatkan kita gagal mengawal perbelanjaan. Pasti ada yang kecewa bila mana hasil yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan dengan perbelanjaan yang keluar. 

Kekecewaan anda mungkin sedikit terubat andai anda dapat kuasai untuk amalkan beberapa tips dan petua untuk kuruskan badan. Cuba fahami dan amalkan 5 kaedah mudah bagaimana kuruskan badan cara sihat. Moga artikel ini dapat di manfaat sebaiknya untuk amalan harian : -

1 # Kurangkan Makanan tinggi Karbohidrat 
Makanan yang mempunyai karbohidrat putih ini haruslah dikurangkan seperti :
  • Roti
  • Nasi dan Bijirin
  • Ubi Kentang
  • Jenis-jenis pasta
  • makanan bergoreng
Namun begitu makanan ini tidak harus ditinggalkan kerana badan kita juga memerlukannya sebagai sumber tenaga.

2 # Jauhi daripada Makanan-makanan Ringan
Sebaik-baiknya makanan ini harus dikeluarkan daripada peti ais anda hari ini!. Mengapa? Yaya kongsikan beberapa bahan yang biasanya terdapat dalam makanan ringan :

Asid Tartarik: 
Bahan kimia yang ada dalam julap dan bahan untuk putihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: 
Selalu diguna untuk rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

TBHQ:
Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: 
Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

3 # Banyakkan makan Buah-buahan 
Amalkan memakan buah-buahan sebelum mengambil makanan utama. Sebaik-baiknya makan buah-buahan yang berserat tinggi dan mempunyai kadar air yang banyak seperti tembikai, Betik, Pisang dsb. Selain baik untuk kesihatan, kita boleh memperolehi pahala percuma dengan amalan sunnah Nabi ini. 

4 # Banyakkan meminum air 
Biasakan diri dengan meminum air dalam kadar yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air yang dimaksudkan bukanlah tea o, milo dsb sebaliknya air putih @ mineral. Air bewarna tidak tergolong didalam kategori air seperti yang yaya maksudkan.

5# Senaman secara berkala
Jangan dimalaskan badan-badan anda. Lakukan senaman selama 10 minit satu sesi bagi mengeluarkan peluh. Senaman yang berterusan dapat membantu membakar lemak dengan lebih baik. 

Mungkin anda boleh temui pelbagai jenis petua dan tips untuk menguruskan badan di laman blog namun percayalah tanpa melakukan usaha yang gigih dan istiqamah dalam tindakan, semua itu tidak akan berhasil.

Mungkin anda tercari-cari diet yang sesuai untuk kuruskan badan.. Mungkin anda kenali Robert Atkins atau mungkin tidak. Dialah individu yang telah mengubah persepsi profession perubatan moden dan mencadangkan bahawa untuk mendapat penurunan berat badan sebenar secara sihat adalah dengan gaya pemakanan daging secara sihat melalui diet Atikins.


Ingat!! Dapatkan hasil yang terbaik dengan perbelanjaan yang rendah!



Blog yaya Updated at: 3:21 PTG

3 comments:

  1. Nak kuruskan badan perlu disiplin dan cekal hati :D

    Bayangkan hari ni boleh jaga makan, minggu depan rasa macam tak tahan. Sabo sabo ;)

    BalasPadam
  2. Makanan ringan- salah satu favourite saya,, hmm kena kurangkan makanan ringan laa kalau nak sihat.

    Terima kasih atas info. :)

    BalasPadam
  3. makanan ringan memang tak baik untuk kesihatan.. boleh ganti dengan buah-buahan

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda