3 Tempat Borong Tudung dan Baju kurung PALING MURAH!


Hi.

Mungkin anda dibebani masalah kewangan dan sedang mencari-cari peluang untuk berniaga baju kurung dan tudung secara kecil-kecilan tetapi tidak tahu untuk mendapatkan barangan pada harga murah.

Ataupun

Anda mahu menjadi pemborong baju rewang di kampung dan mahu supply baju kurung dan tudung di kedai-kedai kain sekitar pecan tempat tinggal anda.


Yelah, tempahan baju kurung dengan Mak cik XXX si tukang jahit hujung kampung nun sangat lah mahal, jadi tak salah tahun baru yang menjelang anda mencuba untu membeli baju kurung yang sudah siap di jahit. Borong terus habis-habisan untuk persediaan Raya tahun 2015. Tak salah pun. Kurang-kurang anda ada stock baju raya dan tudung raya untuk dahun hadapan.

Apa kata anda luang kan sedikit masa berkunjung ke 3 tempat yang akan yaya terangkan ini. Sekiranya anda mahu mencari tempat yang menawarkan harga terbaik bagi baju kurung, baju raya, baju kebaya, baju Melayu, ataupun mencari tudung yang murah-murah, 3 tempat ini amatlah sesuai pada anda. Yaya yakin anda akan berpuas hati dengan harga yang ditawar.

Jom lihat 3 Tempat Borong Tudung dan Baju kurung PALING MURAH!


Jalan Masjid India

Tempat ini adalah tempat yang WAJIB dikunjungi oleh penjual tudung online mahupun butik kecilan. Kebanyakan produk yang dijual adalah datangnya daripada Negara china, Indonesia dan Vietnam.

Nak belajar borong barangan China? Rujuk artikel 7 item terlajak laris pembekal borong dari China.

Baju muslimah dan pelbagai jenis jubbah dan tudung boleh didapati pada harga yang amat berpatutan. Ada sebahagian barangan lebih murah daripada 2 tempat lagi yang akan yaya kongsikan. Kalau tak yakin anda boleh pusing-pusing sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

Kenangan Wholesale City

Bagi penduduk KL, nama Kenangan Wholesale city tidak asing lagi. Tempat ini adalah antara syurga bagi pemborong barangan pakaian dan tudung. 


Walaupun begitu, untuk beli belah di sini ada syaratnya. Anda seolah-olah tidak dibenarkan membeli 1 item sahaja sebaliknya perlu beli sekurang-kurang 3 item. Contohnya harga sehelai tudung RM25 hanya dijual RM19 sehelai itupun kalau anda beli 3 helai. Jika anda beli lebih banyak harganya boleh diturunkan lagi seminimum mungkin. Menarik bukan

GM Klang

Bukan sekadar di chow kit tetapi Klang juga mempunyai GM. Di sana produk yang ditawar tidak terhad kepada pakaian dan jenis tudung sahaja. Pelbagai barangan boleh didapati di sini hinggakan perabot dan mainan kanak-kanak turut dijual. Apa yang yaya yakin, harga yang ditawar adalah lebih murah daripada harga pasaran di tempat-tempat lain.


3 Tempat ini sahaja sudah cukup untuk anda menjana pendapatan secara online atau dalam talian. Sekiranya anda mempunyai modal yang besar destinasi borong pastilah ke Negara Vietnam, Bandung atau China.

Betul tak?


Kerana harga barangan di sana jauh lebih murah daripada apa yang kita sangkakan itupun kalau tahu tempatnya. 

Sekiranya anda tiada pengetahuan dalam menjalankan perniagaan tudung mungkin ebook Rahsia business Tudung dapat membantu anda untuk memberikan idea bagaimana untuk memaju dan mengembangkan lagi perniagaan tudung dan baju kurung anda.

Yang pasti memborong barangan pakaian ini memang memerlukan skill untuk memasarkan semula barangan tersebut. 

Kepada yang suka membuat dropship nasihat yaya supaya berhati-hati dalam memilih penjual. Ini kerana banyak agen Dropship dalam talian yang bermasalah dan hanya memikirkan keuntungan sebelah pihak sahaja.

Okeh..

Selamat membeli belah


Blog yaya Updated at: 6:14 PTG

2 comments:

  1. Thanks share informasi berkenaan pusat2 borong sedia ada khususnya di Lembah Kelang. Usahawan kini mempunyai pelbagai alternatif untuk memulakan perniagaan dari menjual baju sehinga ke tudung, semua boleh diperoleh secara borong & harganya jauh lebih murah.

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda