Tips Bagaimana Mendidik Anak Dara Untuk Ke Dapur


Yaya tahu bukan suatu perkara yang mudah untuk mendidik seorang anak dara. Persoalan yang yaya ini ketengahkan, pernahkah anak dara kita membantu atau menolong anda di dapur? Dengan situasi hari ini yang penuh dengan gadget terbaru rasanya amat sukar untuk mengajak anak-anak perempuan kita ke dapur. Sekiranya mereka liat untuk menolong anda, mungkin entri kali ini dapat membantu anda. 

Jika sebelum ini yaya ada kongsikan tips didik anak soleh mengikut islam tetapi kali ini yaya akan perkecilkan skop untuk ruangan di dapur.

Jom lihat apakah tips mudah yang sesuai untuk mendidik anak dara masuk ke dapur.

Jangan meletakkan kesalahan pada pendidikan tinggi mahupun gadget yang mudah didapati sekiranya anak dara anda enggan turun membantu di dapur. Hakikatnya semua itu adalah bermula daripada corak didikan yang kita berikan sejak mereka kecil lagi. Mungkin kita tertanya-tanya bagaimanakah caranya mahu mendidik anak dara yang masih kecil supaya mereka rajin untuk masuk ke dapur membantu anda memasak?

Tips 1 : Berilah peluang mereka berada bersama anda di dapur

Sebagai ibu, jangan sesekali menganggap kehadiran anak-anak ke dapur sebagai gangguan kepada anda. Yaya perhatikan ada sesetengah ibu hari ini melarang anak-anak dara yang masih kecil masuk ke dapur kerana bimbang dapur akan dikotorkan oleh mereka dan menganggu perjalanan tugas mereka di dapur. 

Tips 2 : Berilah sokongan dan tugasan mudah

Hakikat yang perlu difahami, sekiranya anak ini terbiasa berada di dapur sambil melihat anda memasak, sedikit sebanyak ilmu masakan akan dapat diturunkan kepada mereka. Biarlah mereka melihat anda memasak dan sekali sekala berilah tugasan mudah kepada mereka untuk membantu anda bermula daripada tugasan membasuh pinggan mangkuk, mengupas bawang, sayur, membuang kepala ikan bilis, memukul telur dan lain-lain. Berilah tunjuk ajar dengan kasih sayang kepada mereka cara-cara mengupas dan memotong bawang, memotong sayur dsb. Percayalah, anak-anak ini berminat untuk membantu anda kerana mereka menganggap ia sebagai satu permainan yang menyeronokkkan bagi mereka. 

Tips 3 : Beri peluang mereka memasak mengikut arahan

Sekiranya anak anda mula sudah cekap dan anda mula yakin dengan mereka berilah tugasan yang agak rumit dengan membantu anda memasak mengikut arahan dan sukatan yang anda berikan. Sebagai contoh anda boleh memulakan dengan menyuruh mereka memasukkan minyak ke dalam kuali untuk menumis bawang atau memasukkan bahan-bahan perisa ke dalam masakan seperti kicap, gula dan sebaginya.

Tips 4 : Lakukan berulang kali

Lama kelamaan minat memasak itu akan timbul dalam diri mereka dan akan memudahkan kerja anda di dapur tanpa perlu di suruh atau dipaksa. Tiada salahnya anda melakukannya berulang kali dan kongsikan resepi ciptaan anda dengan mereka. Ajaklah sekali sekala anak-anak keluar membeli bahan mentah dan juga buku resepi.


Sampai di sini sahaja tips mudah daripada yaya bagaimana untuk mendidik anak dara rajin ke dapur tanpa mengharapkan bantuan orang gaji mahupun makanan daripada luar semasa ketiadaan anda. Amat rugi jika mempunyai anak dara yang cantik, berpelajaran tinggi dan solehah tetapi tidak pandai memasak dan tidak biasa untuk ke dapur. Harus diingati, setinggi manapun ilmu seorang wanita itu, dapur jua adalah destinasi WAJIB dihadapi untuk menambat hati suami dan keluarga suatu hari kelak.

Selamat beramal!


Blog yaya Updated at: 10:33 PG

1 comments:

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda