Jom Aktfikan MyKad – Kelebihan di Tangan Anda


Pihak kerajaan Malaysia cukup berbangga dan ingin berkongsi kepada dunia luar mengenai ciptaan inovasi negara dalam meningkatkan tahap sosio ekonomi penduduk melalui teknologi maya kad pintar kerajaan iaitu Mykad.

Secara umumnya, Mykad meliputi 8+1 aplikasi utama yang terkandung didalam cip yang dapat dicapai dengan pantas dan selamat dalam sebarang urusan melibatkan transaksi elektronik seperti rekod kesihatan, pengesahan maklumat diri, pembayaran utiliti, kemudahcapaian, perniagaan dan perkhidmatan peruncitan. 

Ciri keselamatan yang dibangunkan di dalam Mykad termasuk pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan degan “firewall” serta papan cip yang lebih selamat. Ciri-ciri Mykad menggabungkan dua teknologi biometrik bagi tujuan pengesahan pengenalan diri iaitu melalui gambar bewarna dan sijil digital.

# 3 Kegunaan Utama Aplikasi Mykad


Mykad sebagai e-tunai


Urusniaga MEPS Cash membenarkan anda membuat bayaran tunai dalam kadar tidak melebihi RM2,000 dengan aplikasi dompet elektronik yang terkandung di dalam Mykad. Anda boleh membuat tambah nilai e-tunai di kaunter-kaunter tambah nilai MEPS Cash dan juga melalui mesin ATM. 

Usah khuatir untuk berbelanja. Selagi terdapat logo MEPS Cash anda boleh membayar menggunakan Mykad. 

Apakah Kelebihan Memilih MEPS Cash
  • Kepada sudut kepenggunaan :
  • Mengambil alih peranan wang kertas dan syiling
  • Bayaran dalam jumlah tepat untuk sesuatu nilai belian
  • Tidak perlu menunggu baki wang anda
  • Tidak memerlukan PIN
  • Diterima di premis-premis perniagaan di Malaysia dan melalui pembayaran internet.

Selain daripada itu kita juga boleh mengumpul mata ganjaran dengan Mykad dan membuat penebusan hadiah daripada mata ganjaran terkumpul. Untuk itu anda perlu aktifkan Mykad terlebih dahulu secara percuma. 

Untuk mengaktifkannya boleh rujuk entri -> "Jom Aktifkan Mykad"

Dari sudut keselamatan pula, premis perniagaan yang menjalankan urusniaga MEPS Cash dapat mengurangkan risiko pengurusan kewangan seperti (rompakan, salah laku pekerja) kerana nilai wang akan terus di kredit ke dalam akaun bank.

MyKad sebagai kad Auto Teller Machine (ATM)


Kemudahan perkhidmatan ATM adalah antara aplikasi komersil yang dimasukkan di dalam Mykad. Melalui kemudahan ini, Mykad mampu untuk berfungsi sepenuhnya sebagai kad ATM yang mana boleh digunakan untuk tujuan pengeluaran wang, pemindahan, pertanyaan dan segala urusan dari ATM. 

Mykad dilengkapi dengan teknologi cip yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi. Teknologi ini menggunakan pengesahan biometric dan melalui proses enkripsi bagi tujuan perlindungan data yang direkodkan. Proses capaian yang dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah “SAM” iaitu Secure Access Module bagi tujuan jaminan keselamatan ke atas data tersebut daripada sebarang pemalsuan atau pengklonan. Didalam Mykad kita boleh memasukkan maklumat 3 akaun bank berlainan serentak. 

Atas dasar itu kerajaan telah menggesa perbankan agar menaik taraf terminal ATM mereka agar Mykad dapat diterima pakai. Pemegang Mykad boleh menjalankan urusniaga di ATM yang mempamerkan logo Mykad antaranya :

Citibank – Talian bantuan 03-23830000
Maybank – Talian Bantuan 1-300-88-66-88
Public Bank – Talian bantuan 1-800-88-3318
Bank Islam – Talian bantuan 03-26989608

Aplikasi penggunaan Touch n Go


Aplikasi ini sudah tersedia di dalam Mykad kita. Anda hanya perlu membuat tambah nilai di mana-mana cawangan tambah nilai atau pada mesin ATM.

Itu sahaja ringkasan yang dapat yaya tuliskan daripada sumber Jabatan Pendaftaran Negara. Sekiranya ingin maklumat lebih lanjut mengenai Mykad boleh terus berurusan di kaunter JPN atau hubungi mereka untuk bantuan.

Di harap selepas ini kita dapat Aktifkan Mykad untuk pelbagai kegunaan harian. Jom Aktifkan Mykad


Blog yaya Updated at: 8:13 PTG

2 comments:

  1. Baik gune kad atm yg memang dh ade meps. xyah susah2. nanti mula la ic ade yg rosak. kne tahan polis ke ape ke xleh nak baca.

    BalasPadam
  2. tanpa nama 8/12/14 sebenarnya mykad mulai 2012 sudah tahan lasak. jika belum tukar cepat2 tukar. nanti nk pakai gi shoping guna mykad.

    Untuk pengetahuan semua, pengaktifan MyKad juga boleh dibuat secara online dengan mengisi terus borang sendiri pada pautan dari portal RASMI MyKad Smart Shopper Program (MSSP) di --> SINI

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda