Buah Delima dan Khasiat Penyembuhan


Subhanallah… kali ini yaya cuba kupaskan sedikit info mengenai khasiat, keistimewaan dan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada buah Delima. 

Dunia mengakui Delima adalah salah satu spesis buah yang amat terkenal diserata pelusuk dunia. Buah ini amat mudah diperolehi di rantau Asia Selatan, Afrika, mediterenean malah negara-negara Eropah.

Pelbagai variasi warna yang ada pada buah istimewa ini. Isinya pula bewarna merah jambu atau merah saga dan mempunyai sususan biji yang halus.

Buah ini amat popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana kandungan anti oksida yang sangat bagus untuk tubuh badan manusia. 

Khasiat Delima

Fakta Nutrisi Buah Delima


Antara kandungan Nutrisi yang ada di dalam buah Delima : 

Mengikut kajian, kandungan anti oksida yang ada di dalam buah Delima adalah lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.

Buah Delima mempunyai kadar Vitamin C yang diperlukan tubuh badan manusia, dalam setiap 100ml mengandungi 16 % kadar keperluan harian seseorang.

Buah delima mengandungi manganese untuk membantu pembentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengekalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir badan.
Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut terdiri daripada biji delima. Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. 

Biji Delima juga mengandungi serat dan protein tinggi yang baik untuk tubuh badan. 

Kebaikan dan Khasiat Buah Delima


Sejak dahulu lagi  Buah Delima digunakan di dalam dunia perubatan timur tengah. Penggunaannya adalah sebagai tonik untuk menyembuhkan sakit-sakit ringan seperti cirit birit atau ulser.  

Subhanallah… Kandungan anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang ada di dalam buah delima mampu untuk melindungi daripada serangan penyakit seperti kencing manis, jantung, osteoarthritis ataupun penyakit kanser. 

Disamping itu dari sudut kecantikan, buah delima boleh membantu melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pembentukan sel sel tisu badan yang baru, penyembuhan luka dan juga mempertingkatkan peredaran darah ke kulit. 

Kandungan minyak di dalam biji buah delima juga mampu untuk menguatkan dan meningkatkan lapisan epidermis kulit. Ini disebabkan biji delima mengandungi kadar nutrisi yang amat tinggi. 

Paling menarik, Buah delima mampu melambatkan proses penuaan. Dengan pengambilan buah delima mampu untuk mengelakkan kita daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari

Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.

Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, seperti kanser payu dara, prostat dan kulit. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.

Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Satu fakta yang menarik mengenai Buah delima boleh merawat penyakit sembelit.

Tahukah Anda bahawa biji buah delima boleh diekstrak untuk mendapatkan minyak yang memiliki beragam kegunaan khususnya untuk kesihatan kulit?

Khasiat minyak buah delima

Note : Sekiranya berminat untuk mendapatkan minyak biji Buah Delima Shiffa boleh hubungi 012-7049192 pada harga RM45 sahaja. Insya Allah.. Perbelanjaan anda juga akan disalurkan ke tabung pembangunan surau-surau terpilih..


Blog yaya Updated at: 5:40 PTG

1 comments:

  1. Suka sangat buah delima ni, tapi susah nak dapat. Yang ada cuma jus je..

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda