Kambing dan Khasiat

Rasanya cukup lama yaya sudah tidak memuat naik artikel baru di blogyaya.com. Kali terakhir post yaya pun bertarikh 1/7/2015. Hihihi..sudah setahun rupanya.. Untuk kali ini yaya cuba mencari feel untuk menulis setelah sekian lama menyepi dari dunia blog.

KAMBING… hurmmm..

daging kambing

Apa yang menarik mengenai kambing? Teringat yaya sewaktu kunjungan ke rumah salah seorang pelanggan produk BMO di Kelantan tahun lalu. BMO memang mampu mengurangkan bau yang kurang enak daripada Kambing..sama ada melalui najis atau tubuh badan kambing itu sendiri. Secara tak langsung dapat mengurangkan kehadiran lalat di kawasan ternakan.. 

Maha suci Allah…terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada hambamu ini..


Percaya atau tidak masyarakat melayu kita masih kuat untuk menolak sajian berasaskan daging kambing yang seringkali dipersalahkan sebagai punca masalah kolestrol dan tekanan darah tinggi yang acapkali dikaitkan pembawa punca masalah jantung.

Sedar atau tidak sajian kambing sebenarnya menyediakan hampir 63% daripada bahan daging yang dimakan di seluruh pelusuk dunia termasuk sebagai sumber utama protein di kebanyakan Negara timur tengah, Afrika dan sumber makanan penting di rantau asia Tenggara, Negara beriklim tropika dan kepulauan Caribbean.

Di kebanyakan Negara maju, Daging kambing merupakan sumber protein utama yang lebih menyihatkan berbanding kebanyakan daging malah terdapat kajian para ilmiah yang mendapati daging kambing sesuai dimakan oleh penghidap penyakit jantung. 

Misalnya kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn yang mengadakan program kesedara dan pendidikan kepada umum untuk mempromosikan daging kambing sebagai makanan yang menyihatkan.

Kesimpulan yang didapati adalah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging-daging lain, dan menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik di dunia.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung malah menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat. 

Subhanallah… 
kambing dan khasiat
Add caption

Agama islam sendiri mempunyai banyak nas yang mengaitkan kebaikan dan khasiat Daging Kambing. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اتخذوا الغنم فإن فيها بركة
” Peliharalah (manfaatkan) oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah. “

Di dalam daging kambing terdapat barakah, begitu juga pada susu dan kulitnya Ahli tafsir Al-Qurthubi rahimahullah berkata,

وجعل البركة في الغنم لما فيها من اللباس والطعام والشراب وكثرة الأولاد، فإنها تلد في العام ثلاث مرات إلى ما يتبعها من السكينة، وتحمل صاحبها عليه من خفض الجناح ولين الجانب

“Allah SWT telah menjadikan barakah pada kambing di mana kambing mampu dimanfaatkan untuk pakaian, makanan, minuman, banyaknya anak ,kerana kambing beranak tiga kali dalam setahun, sehingga memberikan ketenangan bagi pemiliknya. Kambing juga membuat pemiliknya rendah hati dan lembut terhadap orang lain”

Bahkan setiap Nabi pernah mengembalakan kambing, ulama menjelaskan hikmahnya kerana memang mengembala kambing meningkatkan kesabaran dan ketekunan yang akan membentuk karakter soleh seseorang.

Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda,

ما بعث اللهُ نبيًّا إلا رعى الغنمَ . فقال أصحابُه : وأنت ؟ فقال : نعم ، كنتُ أرعاها على قراريطَ لأهلِ مكةَ

“Tidaklah seorang Nabi diutus melainkan ia menggembala kambing“. para sahabat bertanya, “apakah engkau juga?”. Baginda menjawab, “Ya, dahulu aku menggembala kambing penduduk Mekkah dengan upah beberapa qirath” 

Jadi... Mengapa ramai di kalangan masyarakat kita yang menyatakan daging kambing tidak baik untuk dimakan?

Sekadar hanya pandangan dari yaya yang serba kekurangan:

  • Cara pengolahan daging yang tidak sihat contohnya menggunakan rempah ratus a.k.a (awah) yang berlebihan semata mata untuk menaikkan keenakan rasa daging sehingga menyebabkan kandungan vitamin dan mineralnya hilang.
  • Terlalu berlebihan memakan pelbagai campuran daging saat jamuan atau rumah terbuka yang pasti menjadikannya racun dalam diam. 
  • Gaya hidup kini yang tidak sihat, pengambilan makanan yang tidak sihat dan kurangnya melakukan gerakan atau senaman.

Pokok pangkalnya kita haruslah sama-sama menjaga pola pemakanan ang sihat dan tidak berlebihan dalam pemakanan tak kiralah daging kambing atau sebagainya. 

Sama-sama lah kita berusaha menanamkan dan menyebarkan kepada kaum muslimin bahawa pada kambing itu adanya barakah dan menghilangkan pemikiran kemelayuan kita bahawa daging kambing berbahaya untuk kesihatan. 

p/s : Jika anda sedang daging kambing perap a.k.a marinate frozen untuk majlis keraian atau keluarga boleh hubungi 012-7049192. Insya Allah.. Hasil pembelian anda juga akan disalurkan ke tabung pembangunan surau-surau terpilih.. 


Blog yaya Updated at: 11:02 PTG

0 comments:

Catat Ulasan

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda