Review novel Semusim di Barzakh


“Saat manusia menanti Kematianku.. Sedang tuhan merencana makna penghijrahanku…"

Lembutnya sang tuhan menyapaku, disirami dengan dinginnya air kasih sayang yang mengalir jernih menyucikan kekeruhan.

Mengapa aku yang dipilih untuk merasai ibrah terbesar dan terindah ini, walau aku adalah pendosa?

Aku tahu denai jalan aku hanyalah ke NERAKA…

Aku masih ingat ratapan dan raungan mereka disana, aku tidak mampu melelapkan mata sekian lama. Anda aku mati, Adakah saat ini aku selamat...

penulis semusim di barzakh

Itulah antara ringkasan daripada novel SEMUSIM DI BARZAKH garapan tulisan Hadi Fayyadh..penulis muda novel islami..

Bagi orang-orang yang beriman pasti terdapat kegusaran jika soal Alam Barzakh diperkatakan kerana memikirkan bekalan amalan dan dosa yang akan dibawa untuk bertemu ilahi. 

Tiada siapa di antara kita yang pernah menjengah bagaimana kehidupan Alam Barzakh, melainkan kepada saudara atau sahabat handai kita yang telah pergi menghadap illahi dan TIDAK akan kembali lagi ke dunia yang penuh tipu daya ini. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, Jadi apakah benar Novel ini mahu menyingkap sesuatu yang mustahil?

Sejujurnya dari pandangan peribadi yaya, Novel ini bukanlah suatu FITNAH atau rekaan semata-mata, tetapi ia adalah berdasarkan pengalaman sebenar seseorang. Novel ini juga sesuai kepada sesiapa sahaja yang sedang mencari titik noktah dalam kehidupan ini atau yang sedang teraba-raba dalam mencari hala tuju. 

SESUNGGUHNYA BAGI TIAP YANG BERNYAWA… KEMATIAN ADALAH PASTI…

Dan merupakan pengajaran kepada kita yang masih Bernyawa.

Buku ini akan membawa kita untuk memahami realitinya yang bakal mengubah jiwa untuk kembali mengingati ALLAH MAHA ESA dan juga kematian..

Sekiranya kita menyingkap mana-mana penulisan novel moden, elemen metafora yang cuba digarapkan akan menimbulkan pelbagai suasana dikalangan penggemar novel. Rata-rata penulisan novel pasti memiliki elemen ini kerana ia merupakan kekuatan dan jiwa sesebuah buku. 

komen daei fuad

Yaya, bukanlah penggemar novel, tetapi buku ini cukup berbeza secara keseluruhannya dari segi persembahan dan garapan penulis yang cukup teliti. Sesuai dengan tajuk yang dipilih SEMUSIM DI BARZAKH yang mempunyai kekuatan dan jiwa yang tersendiri.    

Ia memecahkan sangkaan dan prediksi pembaca mengenai gambaran dan ia bukanlah seperti apa yang dijangkakan. 

Sedikit info mengenai penulis yang membawa nama Hadi Fayyadh, penulis muda yang sedang meningkat naik hasil daripada penulisan buku Intai Cinta Di Teratak Cita-Cita terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, dan Tarbiah Dari Langit terbitan Inspirasee International Sdn Bhd.

Jujurnya melalui pembacaan yaya, terlalu banyak babak dan plot cerita yang mampu meruntun jiwa mereka yang sedang bergelojak dengan duniawi. Elemen cinta, Khurafat, agama dan suasana seram adalah tunjang utama di dalam penulisan ini. Rata-rata komen pembaca sependapat dengan yaya bahawa susunan ceritanya amat unit dan lain daripada novel novel yang sedia ada di pasaran. Agak melucukan kedengaran ada diantara pembaca yang terpaksa membaca novel ini dikala hari siang kerana dihantui perasaan gentar dan seram sejuk mengenai Barzakh. 

Novel SEMUSIM DI BARZAKH ini bukanlah Novel yang direka-reka bentuk penulisannya, tetapi ia adalah sentuhan jiwa saudara hadi fayyadh dari kenyataan dan kisah sebenar yang di persembahkan dalam bentuk penulisan. Novel ini juga turut di ulas oleh Y.Bhg. Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood di mana ia adalah novel yang luarbiasa dan mampu menggegarkan jiwa pembaca. 

Ringkasan novel semusim di barzakh
Sinopsis Semusim di Barzakh

catatan penulis hadi fayyadh

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Novel Semusim Di Barzakh ini, boleh dapatkannya di pasaran tempatan pada harga RM 29.90 sahaja atau di mana-mana agen buku Novel ini atau di kedai buku MPH, SMO, dan sebagainya.

Note:

Yaya juga  merupakan Agen Novel Semusim Di Barzakh ye.. Jika berminat mendapatkan novel ini dengan tawaran istimewa coretan dan autograf personal dari penulis ..
boleh hubungi yaya di talian 012-7049192.


Blog yaya Updated at: 12:05 PG

3 comments:

  1. Salam yaya.. nk ebook ada x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepanjang yang yaya tahu rasanya tak ada ebook disediakan.. tapi nanti yaya cuba tanya kepada admin kalau kalau ada sinopsis dalam bentuk digital disediakan..

      Padam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda