Toneplus : 9 kelebihan dan manfaat simkad dikuasakan tunetalk


Salam ukhwah. Salam persahabatan

Lama juga yaya tak update blog ini kan. Sunyi rasanya entri di sini. Selepas ubah template baru baru ni yaya tak begitu banyak masa nak fokuskan disini. So, Yaya Cuma nak kongsikan entri berkaitan simkad toneplus dan apa kelebihan yang ada pada simkad ini berbanding simkad simkad yang ada di pasaran Malaysia.

Menariknya, pengguna simkad toneplus diberi peluang tambah pendapatan sampingan melalui program referral yang unik dan tidak membebankan. Dalam situasi nilai ringgit yang tidak menentu, platform ini dilihat satu pelaung baik untuk diambil membina pendapatan tambahan.
Bezanya toneplus dengan bisnes topup, bisnes easy reload, menjual topup adalah pengguna toneplus hanya perlu kongsikan manfaat dengan rakan rakan untuk menikmati pelbagai keistimewaan termasuk buat duit.

APA KELEBIHAN YANG ADA DENGAN SIMKAD TONEPLUS? 


Program Komuniti Toneplus merupakan program yang mensasarkan penjualan simkad dan bukannya bertindak sebagai ajen topup. Kerja ini amatlah mudah untuk kira semua rasanya. Cuma perlu ringankan mulut berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan sekeliling. 

bisnes topup untung


Siapa pengeluar simkad toneplus?

Pengeluar adalah syarikat syarikat Tone Plus Sdn Bhd dan berfungsi sama seperti pengendali telco yang lain seperti Digi, Celcom, Umobile, Maxis dan sebagainya. Talian yang digunakan adalah Tunetalk yang mana liputannya adalah sama dengan liputan celcom dimana terdapat perjanjian usahasama antara celcom dan tunetalk untuk perkongsian infrasturktur kedua syarikat. Jadi, masalah liputan tidak menjadi satu isu besar. 

DAN...

Apa yang menariknya, anda juga akan menikmati pelbagai faedah daripada Tune Group khususnya hotel, tiket airasia, merchandise, insuran dan pelbagai lagi. Paling menarik simkad ini boleh membantu anda untuk menjana pendapatan hingga 5-6 Angka sebulan. Hanya dengan melakukan promosi sahaja. Susah tak?



Yaya ringkaskan 9 kelebihan simkad toneplus ini.

1. Produk Keperluan & Kegunaan harian

Produk utama adalah simkad handphone. Rasanya kini, setiap ahli keluarga mempunyai lebih daripada 1 handphone. Baik ibu, bapa anak anak juga sudah mempunyai telefon bimbit sendiri. Jadi peluang ini sangat lah luas. Jika perbelanjaan bulanan anda RM50-RM100 yaya rasa ada baiknya anda bertukar kepada toneplus kerana dengan komitmen bulanan ini anda boleh menukar kepada pendapatan. Maksudnya daripada liabiliti (hutang) menjadi aset (pendapatan) tetap anda. 

Bayangkan jika syarikat mengembangkan perniagaan ke luar negara, maksudnya peluang ini semakin luas dan memudahkan kita membina pendapatan pasif secara diam diam. 

2. Produk Kalis Kegawatan Ekonomi

Simkad adalah produk asas telekomunikasi yang mana ia adalah amat penting dalam urusan kehidupan kita seharian. Jika berlaku kegawatan ekonomi sekalipun, kita masih lagi menggunakan telefon bimbit. Malah mungkin peningkatannya akan bertambah kerana ramai orang perlu menefon ke sana sini untuk atasi masalah ekonomi. 


3. Modal Amat Rendah

Kita tidak perlu keluarkan modal yang besar untuk berniaga. Cukup hanya dengan kurang daripada RM100 sahaja sekali seumur hidup untuk mendapatkan simkad ini. Dengan nilai serendah RM98.60 (termasuk GST) kita sudah layak untuk menjadi pengedar. Menairik kan?

Dengan modal kurang daripada RM100 ini kita boleh dan mampu untuk mendapat pulangan hingga 5-6 Angka sebulan bergantung pada usaha dan komitmen kita. Dengan nilai modal serendah ini, golongan yang berpendapatan rendah di bandar bandar besar dapat dibantu untuk ringankan bebanan kewangan mereka. 

4. Peluang Kerja Sambilan

Kerja ini boleh dilakukan secara santai dan sambilan tanpa jejaskan kerja hakiki kita. Inilah kelebihan bisnes ini. Berbanding bisnes topup kita perlu selalu berurusan dengan pelanggan setiap kali nak reload prepaid. Dengan berkongsi kelebihan yang ada melalui perbualan, memuat naik post di fb dan sebagainya kita mempunyai potensi yang luas untuk berjaya. 

5. Boleh dijalankan dengan Internet

Selain daripada melakukan secara sambilan, bisnes ini juga boleh dilakukan 100% secara online dari rumah. Tak percaya? Sudah banyak web web, blog yang menawarkan perkhidmatan penjualan simkad toneplus ini. Malah sistem webauto yang dibangunkan juga memudahkan kita untuk membuat promosi. Anda tidak perlu lagi membina laman web kerana dengan mendaftar sistem autoweb anda sudah mempunyai web replika anda sendiri. Hanya promosikan guna link yang diberi. 
Anda boleh daftar percuma di pautan link di bawah


Melalui Sistem smartprepaid2u anda tidak perlu jumpa orang, tidak perlu mahir bercakap, tidak perlu ulang-alik ke pejabat pos, tidak perlu mahir bina laman web dan tidak perlu mahir pemasaran internet. Cukup anda hanya ada akaun Facebook atau apa-apa sosial media, sudah boleh buat kerja ini.

6. Tak perlu Follow Up Pelanggan

Istimewanya program ini sangat mudah dilakukan. Tak perlu anda follow up pelanggan untuk membeli topap atau mencari pembekal topup setiap bulan. Pelanggan boleh membuat topup dimana mana sahaja seperti senarai di bawah dan kita boleh terima komisen dari rumah. Mudah kan. Disini kita bukannya menjual topup dan tak perlu nak cari kad topup borong kerana keuntungannya hanya sekali sahaja dan perlu mempunyai list pelanggan yang ramai. 

Disini kita sebenarnya menjual simkad dimana untungnya berkali-berkali kerana setiap kali pelanggan kita topup, kita akan dapat komisen sehingga 13%.

7. Potensi Pendapatan Pasif Seumur Hidup

Daripada maklumat yang yaya terima, sekiranya kita mempunyai rangkaian perniagaan yang besar cukup lumayan pendapatan yang akan kita terima. Bayangkan komisen 13% ini akan diterima setiap bulan dan boleh diwariskan kepada ahli keluarga. 

Contohnya: Jika kita mempunyai 1000 pelanggan dan jika minima setiap seorang topup RM30 sebulan. Ini bermakna komisen 13% saya setiap bulan adalah RM3900.

Jika selepas 5 tahun, saya dah ada 10,000 pelanggan atau mungkin lebih & jika minima setiap seorang topup RM30 sebulan, ini bermakna komisen topup 13% saya setiap bulan adalah RM39,000 sebulan. WOW! besarkan

Info lanjut, boleh login di sini: www.simkadviral.com 

8. Banyak Faedah Pengguna Tone Plus

Kita tak perlu rasa bersalah atau menyesal menjual simkad ini pada pengguna lain atau pada keluarga. Walaupun mereka tidak suka bisnes atau tak nak kerja sambilan, namun mereka masih dapat menikmati kelebihan sebagai pengguna simkad toneplus juga.

Jika pelanggan hanya guna untuk kegunaan diri sendiri sahaja pun, dia tetap dapat banyak faedah dan manfaat seperti:
  • Rebat tunai 3% dari jumlah topup setiap bulan
  • Kumpul big point setiap kali topup untuk tebus tiket kapal terbang AirAsia Percuma
  • Perlindungan Kemalangan RM50,000 setiap bulan jika topup lebih RM50 sebulan
  • Diskaun Tune Hotel sehingga 30%
  • Percuma Top Up
  • Percuma Call
  • Percuma data internet dan banyak lagi.

Ramai yang guna handphone, hanya dapat call, sms dan data internet sahaja tetapi disini kita layak mendapat pulangan berbentuk Tunai yang akan di bank in ke dalam akaun kita. Malah terbaru, Syarikat Tone Group memberi kemudahan pinjaman dan biasiswa kepada ahlinya  juga.

9. Potensi Pasaran yang luas.

Produk ini mempunyai pasaran yang sangat luas dan industri telekomunikasi adalah intustri multi billionair seperti Tony Fernandes, Ananda Krishnan dll. Berdasarkan data pengguna di Malaysia yang memiliki handphone sudah mencapai 42 Juta pengguna. Besar kan. Kita hanya perlu ambil 0.5% sahaja daripada jumlah pengguna untuk memperolehi pendapatan 6 angka sebulan. 

Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja baik warganegara mahupun bukan warganegara asalkan boleh mendapat liputan talian toneplus. 

Rasanya cukup yaya menulis hari ini. Jika nak menulis mungkin lebih banyak yang ingin dikupas. Jadi sekiranya anda berminat dan nak dapatkan info yang lebih jelas boleh layari www.simkadviral.com. Ada bonus menarik menanti anda disana.

Atau anda boleh juga download ebook PERCUMA Bagaimana membina pendapatan RM5000 sebulan melalui handphone untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai toneplus.


Untuk dapatkan penerangan detail berkenaan toneplus ini, elok rasanya hubungi talian 011-35050516


Blog yaya Updated at: 6:00 PTG

1 comments:

  1. Pada saya bisnes Toneplus ini mudah aje untuk buat duit sampingan. Kalau kena caranya boleh dapat income ribu riban.. tapi kalau malas.. buat lah bisnes apa pun... memang kelaut jawabnya...

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda