5 Cara Mendidik Anak Pintar Cerdas


Tips Anak Pintar Cerdas – Ibu bapa manapun pastinya mahukan anaknya membesar menjadi agar anak cerdas n pintar. Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas pastinya akan dapat memberikan kegembiraan kepada ibu bapa kerana dapat bersaing dengan anak anak yang lebih berusia darinya. Anak pintak juga memiliki tahap kreativiti dan pemikiran yang cerdas untuk memahami sesuatu. Namun begitu, untuk menjadikan anak pintar dan cerdas, ibu bapa perlu memainkan peranan penting di dalam memantau perkembangan dan tumbesaran anak anak. 

Anak diibaratkan sehelai kain putih yang bersih dan ibu bapa dituntut untuk mencorakkannya sama ada ia menjadi kain yang berguna atau sebaliknya. Terdapat pelbagai cara dan petua di dalam mendidik supaya anak menjadi pintar dan cerdas. 

Cara Mendidik dan Melatih Otak Agar Anak Cerdas


Di kesempatan ini , yaya akan kongsikan 5 Cara Mendidik Anak Pintar Cerdas

Pertama : Kenalkan anak anak Kepada Teknologi


Di zaman serba moden ini, anak anak perlu dikenalkan dengan ilmu berbentuk teknologi dan visual menarik kerana sememangnya kanak-kanak sukakan sesuatu yang bewarna. Ia amat menyukai ilmu ilmu yang dihubungkan dengan visual dan juga audio. Seharusnya anak anak di dampingi dengan teknologi yang bersifat untuk mendidik perkembangan minda mereka. Namun, ibu bapa tidak harus melepaskan atau membiarkan anak anak leka dengan gadjet yang diberi.

Pemantauan rapi dan khusus perlu diberi serta sebagai seorang muslim, pilihlah video video berbentuk islamik yang boleh menggalakkan anak anak mengenali erti islam dengan baik.

Kedua : Berikan Hadiah sebagai galakan

Cikgu yang mempelajari ilmu pedagogik semestinya akan ketahui bagaimana cara mendidik dan melatih otak anak agar cerdas dan pintar. Salah satunya melalui pemberian hadiah di atas kejayaan yang diraih walaupun ia nampak remeh. Memberikan hadiah adalah sebagai galakkan dan dorongan untuk kanak kanak mempertahankan usahanya dan memperbaiki supaya menjadi lebih baik. Pemberian hadiah haruslah berpadanan dengan usaha dan usia anak anak. Usah mengajar anak anak dengan memberikan hadiah yang mahal atau bernilai tinggi

amalan supaya anak pintar cerdas


Ketiga : Dampingi dan pantau pergerakan Anak

Kanak kanak kebiasaannya tidak menyukai dirinya dikawal gerak gerinya. Bagi anak anak yang sudah pandai berjalan, berikan ruang kepadanya untuk menerokai ruang dengan baik. Usah kita menghalang atau menyekat kebebasannya untuk bergerak. Sebagai ibu bapa, kita perlu mengawasi pergerakannya agar tidak mendatangkan kecelakaan pada dirinya.  

Keempat : Doa supaya anak pintar cerdas

Doa ibu adalah doa yang paling mustajab untuk seorang anak. Sememangnya memperolehi anak yang rajin, pintar dan juga cerdas merupakan dambaan setiap mereka yang bergelar ibu bapa. Terdapat beberapa doa yang sesuai untuk dijadikan amalan selepas solat atau didoakan semasa menghidangkan makanan untuk anak anak. Pelbagai amalan boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya anak pintar cerdas.

Berikut adalah lafadz doa agar anak rajin belajar sehingga menjadi pintar dan cerdas yang dapat di amalkan.
doa supaya anak pintar dan cerdas

Kelima : Berikan Makanan Sihat

Makan yang menyihatkan harus diberikan kepada anak anak. Galakkan anak anak untuk mengambil nutrisi yang sihat seperti sayur sayuran, kismis, buah buahan. Elakkan memberikan anak anak makanan segera atau junk food yang pastinya tidak menyihatkan dan memberikan manfaat untuk tumbesaran minda. 

makanan anak pintar dan cerdas


Sekadar itu yang yaya dapat kongsikan berkenaan cara mendidik anak pintar cerdas. Sekiranya anda inginkan tips yang lebih terperinci yaya sarankan anda layari dahulu laman anak pintar cerdas kerana di sana adanya ebook yang dijual dengan harga hanya RM27 sahaja. Anda pasti akan berpuas hati dengan maklumat yang diberikan.

Boleh layari -- > Anak pintar Cerdas



Blog yaya Updated at: 11:24 PTG

0 comments:

Catat Ulasan

E-mail Newsletter

Dapatkan Info terkini Terus ke Inbox email Anda